Sabtu, 13 Julai 2013

(Mi Casa) Kisah cerek elektrik dan hadiah Hari Guru

Hai, semalam ED pergi singgah ke rumah baharu. ED nak hantar cerek elektrik dan peralatan dapur yang lain. Buat pengetahuan anda, ED sengaja beli cerek elektrik dahulu untuk rumah baharu sebab penting untuk masak air. Jadi, kalau ED singgah ke rumah baharu, boleh la buat air teh dan sebagainya. Hehehe..

Cerek elektrik ED. 

Selain cerek, ED beli juga bekas air dan set pisau. ED rasa, ini benda asas yang mesti ada di dapur. ED beli di UO sebab ada offer sebelum puasa tempoh hari..

Cawan2 yang ED dapat masa Hari Guru telah ED pindahkan ke rumah baharu.. Hehe..

Ada kegunaannya cawan2 ini.. Jangan terkejut jika tetamu ED disajikan dengan cawan2 ini.. Hehe..

Jam dengan bekas kaca ni pun hadiah Hari Guru. Boleh digunakan di dapur ni..

Tikar buluh ni pun hadiah Hari Guru..

Alhamdulillah, hadiah Hari Guru telah meringankan perbelanjaan ED di rumah baharu. Jika anda perasan, banyak benda warna hijau di dapur ED kerana itu warna kesukaan ED. ED namakan dapur rumah ED sebagai Dapur Hijau. Udada Ubabye!!

Segmen Mi Casa!


ED: Beli barang sedikit2 dahulu mengikut kemampuan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi