Hai, Ramadan tahun ini ED minum sesudu madu ketika bersahur. Pertama kali ED ambil madu tahun ini. Sebelum ini, ED tak pandai makan madu sebab rasanya terlalu manis. Tetapi tahun ini, ED akan cuba kerana madu mempunyai banyak khasiat ketika kita berpuasa. Pertama, madu membekalkan tenaga. Kedua, madu bagus untuk merawat batuk dan sakit tekak. Ketiga, madu juga bagus untuk kulit. Pokoknya, madu baik untuk kesihatan kita.
Madu ini yang ED makan ketika sahur. Gunakan sudu plastik untuk mengambil madu.
Alhamdulillah, memang ED rasa kelainannya bila bersahur dengan madu. Madu juga sunnah Rasulullah SAW. Udada Ubabye!!
Cerita Ramadan ED..
ED: Rasa madu macam kismis..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan