Hai, dah lama ED tak update tentang kisah ED di sekolah. Minggu lepas dalam bulan Ramadan, ED rampas 2 surat cinta daripada murid perempuan darjah 5. Agak mengejutkan ED, 2 orang murid perempuan tersebut nampak pendiam di dalam kelas. ED paparkan surat cinta mereka untuk membuka minda kita semua tentang cabaran mendidik kanak-kanak zaman sekarang.
Surat pertama..
Isi surat pertama. Ayatnya mengalahkan orang dewasa bercinta..
Surat cinta kedua. Siap bagi amaran lagi supaya pihak lelaki membalas suratnya. Hehe..
Sebenarnya, ED tergelak baca surat mereka. Maklumlah, mereka baru kanak-kanak lagi tetapi luahan hati mereka ibarat orang dewasa. Okelah, kepada ibu bapa yang membaca catatan ini supaya mengawasi gerak-geri anak2 anda di rumah dan di sekolah. Jika dibiarkan, mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku. Udada Ubabye!!
Segmen ED & Sekolah..
ED: Tiada niat mengaibkan tetapi sekadar membuka mata tentang kanak2 zaman sekarang..
advance tol bdk zaman skang....risau plak if ade anak tak dpt didik ngan betol....u takirah tak kat dioeg?
BalasPadamApa yg terjadi selepas itu, ED kena rahsiakan. Maaf ye.. Yg penting, tugas mendidik masih dijalankan..
Padamtulah berat tugas sebagai pendidik ni...semoga terus semangat menjalankan tugas sebagai pendidik
PadamTerima kasih wany..
Padam