Hai, hari ini ED nak tamatkan kisah Tetamu Dari United Kingdom yang pernah ED beritahu sebelum ini. Semalam, ED dapat emel lagi daripada seorang wanita yang kononnya menetap di UK juga. Wanita tersebut katanya berasal dari Melaka. Modus operandinya sama. Dia nak datang Malaysia dan dia juga menawarkan barang2 kepada penerima emelnya.
Alhamdulillah, akhirnya Tuhan beri juga jawapan kepada persoalan ED. Selepas ED dapat emel semalam yang isi kandungannya sama dengan emel yang ED dapat daripada tetamu ED "kononnya" dari UK tu, ED buat kesimpulan bahawa mungkin itu adalah emel palsu. Cuma ED tak tahu apa motifnya. Penghantar emel tidak meminta duit kepada ED malahan dia yang menawarkan duit, laptop dan jam tangan kepada ED. Ini buktinya..
ED rasa slip pos di atas adalah palsu. Jadi, mulai hari ini ED simpulkan bahawa jangan terpedaya dengan orang yang tidak dikenali. ED tak rugi apapun balas emel dengan "tetamu" tersebut malahan peristiwa ini mengajar ED lebih berhati2 di masa akan datang. ED sengaja letak kisah ni di blog untuk perkongsian bersama. Udada Ubabye!!
Tamat..
ED: Alhamdulillah..
bahaya nya u.....alhamdulliah sempat tak berlaku bde yg tidak elok....sekarang ni macam cara org menipu nak dptkan duit
BalasPadamX tahu apa motif dia sbb dia tak minta apa2 drpd ED..
Padamspam! ignore je kot..
BalasPadamBukan spam sbb tu ED layan mula2.. Dia dpt address emel dr blog ini. Ingatkan dia follower blog ini juga..
BalasPadam