Isnin, 30 September 2013

(Realiti Show TV3) Liga Lawak Superstar

Hai, TV3 sudah bersedia untuk menggegarkan kaca televisyen apabila muncul dengan program realiti terbarunya, Liga Lawak Superstar yang bakal bersiaran pada bulan 6 Oktober 2013 nanti. Liga Lawak Superstar adalah sebuah rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan selebriti terkenal tanah air dalam mempamerkan kreativiti mereka dalam sketsa komedi. 

Kamal Adli, Fizz Fairuz, Qazem Nor dan Sheera Iskandar antara peserta Liga Lawak Superstar.

Uniknya, Liga Lawak Superstar akan menampilkan 16 pelakon dari drama-drama terbaru di TV3 antaranya Zalif Sidek, Qazeem Nor, Idzham Ismail, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad, Anad Ridzuan, Hairi, Aman Nassim, Mikael Andre, Sherry Ibrahim, Kamal Adli, Iqram Dinzly dan Nad Zainal serta 8 komedian seperti Azlee Senario, Aziz M.Osman, Ilya, Hamdan, Sathiya, Bell Ngasri, Ropie dan Farouk Hussein. Setiap kumpulan diberi seorang komedian untuk memberi panduan, tunjuk ajar serta strategi kepada ahli pasukan masing-masing untuk berjaya.

Selain itu, Afdlin Shauki dan Adibah Noor akan digandingkan sebagai pengacara bagi menggamat suasana dengan telatah lucu mereka. Manakala Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramlie dipilih untuk menjadi juri bagi musim ini.

Sebelum ke cabaran sebenar di Liga Lawak Superstar, kesemua pelakon yang dijemput menyertainya perlu melalui sesi latihan Liga Lawak Superstar 101 pada 23 dan 24 September 2013 bagi mengasah bakat dan menguji tahap kreativiti mereka selain melakukan pemilihan kumpulan pada Liga Lawak Superstar 101. Barisan pelakon akan diberi pendedahan dan latihan tentang tugasan yang bakal mereka hadapi di saingan Liga Lawak Superstar nanti.  Sumber info, tv3. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi