Sebenarnya, Isnin lepas ED tak sihat & bibir ED pecah sebab panas dalam. Bila ED lap bibir dengan sapu tangan, seorang murid Cina mengalirkan air mata sebab dia ingat ED sakit teruk. Murid2 India yang lain pula, ada yang menyuruh ED balik ke rumah sebab mereka nampak ED tak sihat. Antara dialog murid2 yang membuatkan ED tersentuh..
"Cikgu kata, kalau murid sakit tak payah datang. Kenapa cikgu datang hari ini? Cikgu balik la, kami tak apa2.."
Esoknya, ada dua orang murid Moral datang jumpa ED lagi. Mereka tanya, sama ada ED dah sihat ke belum, bibir ED berdarah lagi ke? ED hanya tersenyum sahaja. Murid2 ini baru darjah 3, namun keprihatinan mereka macam orang dewasa. Udada Ubabye!!
ED: touchingnya...... Sebenarnya, ED cuma tak sihat biasa, bukan teruk pun..
membuktikan Ed seorang guru yg disayangi... teruskan berbakti Insyaa Allah pahala yg berpanjangan buat seorang guru...
BalasPadamAmin.. TQ
Padam