Peneraju utama industri digital negara, Media Prima Digital bersama Rangkaian Radio Media Prima bersama kini melancarkan sebuah lagi portal baharu dikenali sebagai ‘Tonton Music’ pada 26 Januari 2014 yang lalu. Portal sehenti untuk sumber hiburan berbentuk audio ini telah boleh diakses menerusi lamanwww.tontonmusic.com.my bersempena dengan penganjuran acara kemuncak Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) oleh stesen penyiaran TV3.
Media Prima Digital merupakan sayap digital kumpulan Media Prima Berhad yang bertanggungjawab terhadap inovasi ‘Tonton’, portal video nombor satu di Malaysia yang mempunyai lebih daripada 3.5 juta pengguna berdaftar dengan catatan statistik sebanyak 1.5 juta pelayar unik bulanan, sehingga 8 juta tontonan video bulanan dan 27.6 juta paparan halaman bulanan.
Rangkaian Radio Media Prima, di bawah pengurusan Media Prima Berhad mempunyai 3 stesen radio yang mensasarkan pendengar di bawah usia 35 tahun. Hot FM, Fly FM serta one FM mempunyai hampir 4.4 juta pengikut melalui laman sosial utama dan pencapaian tersebut merupakan satu kejayaan sebagai sebuah rangkaian radio yang bersifat kompetitif. Segala informasi serta hebahan aktiviti 3 stesen radio yang sememangnya agresif dengan aktiviti ‘on ground’ boleh diikuti melalui akaun media sosial masing-masing.
Media Prima Digital bersama-sama Rangkaian Radio Media Prima menerusi ‘Tonton Music’ kini menyediakan lebih pilihan kepada pengguna melalui tawaran hiburan berbentuk audio secara ‘streaming’. Buat masa ini, ‘Tonton Music’ mengandungi kesemua 12 lagu rakaman studio dan rakaman langsung peringkat akhir AJL28. Menjelang hujung bulan Mac 2014, ia akan memiliki lebih 700,000 koleksi lagu dari Malaysia dan antarabangsa serta peminat-peminat muzik bakal menikmati jutaan lagu pada hujung tahun ini. ‘Tonton Music’ merupakan portal pertama seumpamanya menawarkan streaming audio secara percuma melalui gajet pintar di Malaysia dan ia adalah produk pertama di dunia menampilkan integrasi media digital secara menyeluruh. Portal ini juga adalah sebuah representasi unik menampilkan jenama radio terkenal iaitu Hot FM (Melayu), Fly FM (Inggeris), one FM (Cina) & saluran 9X TV9 (Indie).
“Media Prima Digital kini berada dalam kedudukan terbaik, dan pastinya dengan pengenalan portal baharu ‘Tonton Music’ akan memberikan kedudukan yang lebih kukuh dengan peningkatan jumlah pengguna digital yang mendadak. Kami yakin untuk berkembang sejajar dengan pertumbuhan pasaran digital negara, justeru tawaran portal baharu ini dilihat bakal menarik pertambahan pengguna selain menyediakan sumber hiburan alternatif buat rakyat Malaysia,” menurut Datuk Zainul Ariffin Mohammed Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, En Seelan Paul menyifatkan ‘Tonton Music’ adalah sebuah kolaborasi pintar bersama Media Prima Digital. “Ini adalah satu perkongsian bijak apabila kita dapat menyatukan pencinta muzik yang juga dalam masa yang sama merupakan pengguna teknologi digital tegar. Bukan sekadar ‘trend’ tetapi evolusi zaman jelas membuktikan kepentingan teknologi menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Idea ini selain dapat memenuhi jangkauan jenama kepada rangkaian radio kami, portal ini mampu memenuhi selera muzik rakyat Malaysia untuk mendengar seleksi lagu pilihan bila-bila dan di mana sahaja mereka berada.”
Menerusi pengenalan portal ini, Media Prima Digital dilihat bakal menguasai pasaran kandungan muzik secara digital di negara ini selain mampu melebarkan capaian perkhidmatan pengiklanan secara digital. Untuk merasai pengalaman audio muzik terbaik di ‘Tonton Music’, layariwww.tontonmusic.com.my hari ini! Udada Ubabye!!
ED: akses Media Prima kini di mana2 saja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan