Ahad, 23 Februari 2014

(Bijak Belanja) Bagus la tisu Mydin ni..

Hai, ED nak kongsi cerita tentang tisu ni. Nampak macam tak penting tapi sebenarnya penting bagi ED. Biasanya ED akan beli tisu yang murah di Tesco untuk diletakkan di kereta dan di rumah. Tetapi, tisunya mudah hancur bila basah dan meninggalkan kesan bila dilap di muka. Bulan lepas, ED cuba tisu Mydin pulak. Murah memang murah tetapi bagus la..

Tisu Mydin diperbuat daripada 100% pulpa tulen. Bila basah, tak hancur pun..

Selepas ini, ED akan pakai tisu Mydin je. Jika anda nak beli tisu yang berkualiti dan murah, tisu Mydin la jawapannya. 4 kotak yang 100 helai tu hanya rm3.90 sahaja. Dah lama tak update segmen bijak belanja di blog ini. Udada Ubabye!!



ED: walaupun ada tuala atau sapu tangan, tetap nak guna tisu juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi