Selasa, 25 Februari 2014

(Eksklusif) Drama Kasih Berbisik, akan datang di TV3

Hai, Media Prima Berhad (Malaysia) dan MediaCorp Pte Ltd (Singapura) semalam menandatangi perjanjian untuk menerbitkan siri drama televisyen secara usaha sama di antara dua anak syarikatnya yang dalam bidang penerbitan, iaitu Primeworks Studios dan MediaCorp Eaglevision. 

Tasha Shila, Keith Foo, Hisyam Hamid, Nurul Aini dan Nora Danish.

Usaha sama di antara Primeworks dan MediaCorp Eaglevision ini bertujuan untuk menerbitkan siri drama yang berkualiti tinggi yang dapat menarik minat para penonton di Malaysia dan Singapura, di samping menggabungkan kepakaran kedua-dua pihak dalam bidang penerbitan rancangan TV. Siri ini akan dirakamkan di dalam format definisi tinggi (HD).


Produksi drama Kasih Berbisik ini akan bermula pada bulan April dan berakhir pada penghujung bulan Julai. Produksi ini akan diletuai dan diselia dua Penerbit Ekekutif iaitu Encik Zulkeflee Said, Penerbit Eksekutif, Primeworks dan Puan Sabariah Ramilan, MediaCorp Eaglevision.

"Kasih Berbisik", drama 13 episod ini disasarkan untuk ditayangkan pada separuh kedua tahun 2014 di TV3, saluran televisyen terestrial terunggul di Malaysia dan Suria MediaCorp, saluran televisyen bahasa Melayu yang unggul di Singapura. Drama ini akan menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara barisan pelakon berkenaan adalah Keith Foo, Nora Danish dan Tasha Shila dari Malaysia; Hisyam Hamid dan Nurul Aini dari Singapura; dan Isti Ayu Pratiwi dari Indonesia.
Sumber: facebook Mediacorp Suria

Wah, menarik kan? Nantikan drama ini di TV3. Rasanya macam akan ditayangkan dalam slot Lestary. Udada Ubabye!!



ED: revolusi drama tempatan yang kian berkembang..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi