Rabu, 26 Februari 2014

(Sekolah) Bersalam tangan yang keterlaluan!

Hai, ini cerita kedua ED di sekolah hari ini. ED ringkaskan ceritanya, sila baca dialog di bawah ini.



Situasi: seorang murid Moral minta izin untuk pergi ke tandas

Murid: Cikgu, izinkan saya pergi ke tandas.

ED: Oke.

Murid: Salam cikgu.

ED: Eh, kenapa ni? 

Murid: kita mestilah bersalam dengan cikgu jika nak ke tandas.

ED: Tak apa, dah pergi tandas cepat.

Apabila murid tersebut balik ke kelas..

Murid: Cikgu, saya dah balik. Salam cikgu.

ED: Eh?

Murid: Kita mesti bersalam dengan cikgu jika balik dari tandas.

ED: (dalam hati,, entah kenapa dengan budak ni hari ini?)

Adoi, murid ni dah terlebih bermoral ni. Terlebih bermoral pun payah juga kalau jadi macam ni.. Udada Ubabye!!



ED: macam2 perangai..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi