Jumaat, 14 Februari 2014

(Akasia TV3) Sinopsis drama Jika Itu Takdirku

Hai, berikut sinopsis drama terbaharu slot Akasia TV3, Jika Itu Takdirku.

Intan Ladyana dan Shah Iskandar

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas.

Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor.

Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.

Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.

Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masihkah ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Sumber: http://www.budiey.com/sinopsis-drama-jika-itu-takdirku/

Saksikan drama Jika Itu Takdirku mulai 17/2/14 di TV3 atau di laman web tonton. Udada Ubabye!!



ED: drama ini bukan adaptasi novel..

8 ulasan:

  1. setuju ....saya tgk dari link lain menceritakan dari sinopsis karya novel ANDAI ITU TAKDIRNYA - Siti Rosmizah saya tau ramai peminat penulis tersebut agar dijadikan drama adaptasi tp belum lagi sampai masanya ..tpi ramai pulak yg berminat menulis sinopsis dari karya tersebut dijadikan sbg adaptasi drama, pernah terjadi satu ketika dulu slot cerekarama tajuk pun dh sebiji sama ANDAI ITU TAKDIRNYA ramai follower novel tersebut ingatkan dari adaptasi tersebut bila diletakkan sinospisnya yg begitu..tapi bila disiarkan langsung tak kena mengena langsung jangan utk tarik perhatian org utk menonton ...dari karya yg saya kira cukup laris di pasaran ...sanggup kita buatkan org lain keliru..itu yg saya nak katakan tp saya rasa ini jawapan yg terbaik dari link encik zahidi zakariya..terbaekkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kata Sharmine tu ... Tajuk hampir sama dengan novel karya Siti Rosmizah tapi cerita tak serupa ... apa pun kita tunggu episodnya isnin depan ... ini bukan drama dari adaptasikan EDTV...

      Padam
    2. Ya, ini bukan drama adaptasi novel. Mula2 ingatkan drama ni adaptasi novel Andai Itu Takdirnya juga :)

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. lebih kurang macam cerpen saya Biarkan Ia Pergi. Kebetulan hehehe. tgk ep 1 dh rs mcm tau je hahaahha

    BalasPadam
  4. blh tgk online kat sini http://www.uniquestream.net/watch/jika+itu+takdirku/

    BalasPadam
  5. Betul lah cerekarama tu xde kena mengena-mengena!!! tapi best....ala kassim mak mertua dia!!!!

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi