Isnin, 24 Mac 2014

(Mi Casa) Pokok nangkaku menjadi!

Hai, buat pertama kalinya, semalam ED bermalam di rumah baharu ED.

Pukul 6.30 pagi. Pemandangan di luar rumah..

Yang paling mengujakan di rumah baharu kali ini ialah ini.. Tak sangka pokok nangka yang ED tanam sendiri sebelum ini dah menjadi. Walaupun sebelum ini cuaca panas, hidup juga kau nangka..

Ini pokok nangka di luar pagar. Menjadi juga... ED tanam 4 biji nangka, yang hidup cuma 2.

Alamak, rumput dan lalang dah panjang depan rumah!

Kebetulan ada pekerja ni lalu lalang di depan rumah, ED upah dia sahaja utk menebas rumput. Untuk kawasan berumput sekangkang kera tu termasuk luar pagar, caj upah tebas rumput ialah RM15.

Kemas sudah kawasan berumput di halaman rumah. Lihat, pokok nangka ED berada di tengah2. Kira strategik la tu..

Semoga pokok nangka ini membesar dengan sihat supaya ED dapat menikmati hasilnya suatu hari nanti..

Alhamdulillah, rumah ED akan ada pokok nangka jika tiada apa2 masalah. Kalau betul la menjadi, pokok nangka tersebut akan rendang tetapi masih berbuah. Udada Ubabye!!



ED: seronoknya bercucuk tanam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi