Rabu, 30 April 2014

(Miranda TV3) Drama Cerita Cinta Kita ganti Miranda

Hai, inilah drama yang akan menggantikan drama Miranda di TV3.

Drama Cerita Cinta Kita mulai 28/5/2014 lakonan Aeril, Wawa Zainal, Ika Nabila, Erry Putra dan ramai lagi..

Drama ini bukan adaptasi novel. Nantikan kehadiran drama ini dalam slot Miranda TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama ini banyak berlatarkan suasana kampung..

(Miranda TV3) Episod akhir drama Miranda

Hai, ED tak tahu la betul atau tidak, ED dengar slot drama Miranda TV3 tu akan dinamakan slot Miranda juga. Bercakap tentang drama Miranda, jom saksikan tarikh episod akhirnya.

Jika tiada pindaan, drama ni tamat pada 21/5/14.

Sedikit sinopsis episod akhir:

Miranda dengan Ammar sama-sama kritikal. Kejadian tersebut menyebabkan keadaan syarikat semakin teruambing ambing. Syarikat menerima surat saman kerana gagal melaksanakan projek

Izwan semakin mengganas..

Miranda dan Amar ditembak oleh Izwan. Apakah kesudahannya? Saksikan sendiri episod akhirnya..

Nak tahu drama apa pengganti drama Miranda? Malam ini ED update ye.. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Selasa, 29 April 2014

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan

Hai selepas tamat drama Aku Isterinya, TV3 akan menyajikan sebuah lagi drama adaptasi novel yang bertajuk Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR).  Jom lihat tarikh siaran drama KTAR tersebut..

Jika tiada pindaan, drama KTAR akan tayang pada 21/5/2014

Izreen Azminda dan Amar Baharin selaku pelakon utama

Syafiq Kyle turut berlakon dalam drama ini..

Nantikan drama ini pada bulan Mei nanti ye. Udada Ubabye!!



ED: Gandingan baharu, Amar dan Izreen.

Isnin, 28 April 2014

(Sembang) Kemaruk tengok Temptation Of Wife TV3

Hai, selepas Ariana Rose, dah lama juga ED tak rasa teruja menonton drama tv. Hadirnya drama Filipina Temptation Of Wife di TV3, membuatkan perasaan teruja tengok tv tu datang balik. Kemaruk dah tengok drama ni di TV3. Hehe..

Faktor utama, mungkin sebab Marian Rivera. Hehe..

ED dapat rasa perubahan sejak drama ni tayang, ED cuba sedaya upaya balik kerja awal utk sempatkan tengok drama ni. Kalau hari Ahad, mesti terfikir esok ada drama Marian Rivera. Begitulah penangan drama tersebut kepada ED. ED lebih suka tengok di tv berbanding online. Udada Ubabye!!



ED: terbaik la!

Ahad, 27 April 2014

(Sembang) Baju raya dah siap!

Hai, Jumaat lepas ED ke Pekan Nenas untuk mengambil baju raya ED yang dah siap. ED tempah jahit tahun lepas, tahun ini baru ambil. Hehe.. 

Preview, inilah baju raya ED tahun ni. Baju teluk belanga pilihan ED.

Sebenarnya, kain baju raya ni, ED dapat hadiah pada Hari Guru tahun lepas. Dah ada kain free, ED buat baju raya la. Jadi, tak payah beli lagi baju raya lagi untuk tahun ni. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah...

Sabtu, 26 April 2014

(Mi Casa) Perkembangan pokok nangkaku

Hai, semalam ED sempat singgah sebentar di rumah baharu pada waktu senja. Jom lihat perkembangan pokok nangka ED.

 Yang ini pokok nangka dalam kawasan rumah.

Yang ini pula pokok nangka di luar rumah. Nampaknya pokok nangka yang ini semakin membesar.

Alhamdulillah, pokok nangka ED masih tumbuh membesar walaupun ED tidak selalu menyiram dan menjaganya. Udada Ubabye!!



ED: mula terbayang hasil nangka yang manis nanti...

(Zlurpp!!) Biskut gulung-gulung Vira

Selamat pagi! Semalam, ED baru tahu yang ada jual biskut gulung-gulung jenama Vira di pasaraya. Kebetulan, tengah diskaun pulak tu. Biskut Vira antara jajan kegemaran ED masa budak2 dulu. Hehe..

Biskut gulung-gulung Jenama Vira

Rasa coklatnya memang Zlurpp!!

Kalau anda tertanya2, apa itu biskut Vira? Lihat gambar jajan Vira perisa pandan ni.. Sekarang, anda dah tahu kan maksud ED kan? Mungkin anda juga peminat jajan ni.

Dulu, biskut Vira tu ED panggil keropok bantal. Dulu beli sepeket 20 sen. Sekarang, dah tak pernah beli dah. Semalam, barulah ED jumpa balik biskut Vira versi gulung2 panjang di pasaraya UO. Udada Ubabye!!



ED: makan Vira, teringat zaman kanak2...

Jumaat, 25 April 2014

(Sembang) Tak minat K-Pop?

Hai, sebenarnya ED tak minat K-Pop kecuali lagu K-Pop tu memang tengah fenomena di radio sebelum ini seperti Nobody Love You (Wonder Girls) dan Gangnam Style (Psy). Sebab itu, ED tak update artis atau lagu2 K-Pop dalam blog ini.


Kenapa tiba2 ED sembang isu K-Pop ni? ED jawab ulasan pembaca di blog ini semalam tentang cadangannya yang ini..


Maaf ye, bagi peminat K-Pop sekalian. Udada Ubabye!!



ED: tak pernah tengok drama Korea juga..

Khamis, 24 April 2014

(Akasia TV3) Sinopsis drama Aku Isterinya versi TV3

Hai, dengarnya drama Aku Isterinya tidak mengikut 100% seperti novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Jom kita saksikan sinopsis drama Aku Isterinya versi TV3.

“AKU ISTERINYA” mengisahkan Mya Arlissa yang dibesarkan oleh neneknya dan menumpang di rumah makciknya sejak kematian ibubapanya. Bukan sahaja sentiasa dibuli oleh makciknya dan sepupunya, Mya juga hidup dalam ketakutan kerana suami makciknya,  Abang Murad menyimpan niat jahat terhadapnya. Akhirnya, Mya telah dijual oleh Murad kepada David yang menjalankan kegiatan pelacuran sehingga Mya bertemu dengan Mikail dimana Mikail telah menebus Mya dari tauke kelab malam. 

Walaupun sudah 2 tahun Mya hidup bersama-sama Mikail, mereka tidak pernah berkongsi kisah peribadi dan tidak mengenali hati budi masing-masing. Mikail menganggap Mya tiada bezanya dengan perempuan murahan yang sanggup menggadaikan diri demi kemewahan. Namun, selama mereka tinggal sebumbung, tidak pernah Mya meminta apa-apa daripadanya. Segala keperluan Mikail dijaga dengan teliti oleh Mya.

Pada satu malam selepas Mikail mabuk dan tidak sedar diri, kawan baiknya, Adam telah mengambil kesempatan untuk merogol Mya. Apabila Mya meronta-ronta dan merayu, Adam telah menempelak Mya tidak perlu berlagak suci kerana Mikail juga menganggapnya sebagai pelacur semata-mata. Keesokan harinya, Mikail berang apabila mengetahui Mya dirogol. Mya hanya mendiamkan diri kerana dia tahu Mikail tidak akan percaya jika Mya memberitahu Adam telah merogolnya. Hati Mya remuk kerana Mikail mengelak pertanyaan Mya benarkah Mikail menganggapnya sebagai seorang pelacur. Mya sedar bahawa dirinya tidak suci dan tidak layak meletak sebarang harapan pada Mikail. 

Mya mula mencari arah hidupnya dan  tidak mahu hidup dalam dosa. Mikail sakit hati dengan kehendak Mya untuk dilepaskan tetapi dia sendiri tidak pasti jika dia mempunyai perasaan sayang kepada Mya. Mikail masih dihantui dengan kisah silamnya apabila kekasihnya, Lisa berkahwin dengan ayahnya, Datuk Lutfi sehingga memecah-belahkan keluarganya kerana kakaknya, Mufiza telah membawa diri ke Australia. Ibu Mikail, Datin Adiba pula hidup dalam kesunyian dan hanya ditemani oleh anak bongsunya, Mimi. 

Mikail meletakkan syarat kepada Mya untuk membayar RM50 ribu balik kepadanya sekira mahu dirinya dilepaskan. Pada waktu yang sama, Mikail telah menyorokkan telefon bimbit Mya kerana tidak mahu Mya meminjam duit daripada sesiapa. Mikail tahu Mya tidak mempunyai sesiapa kecuali kenalan lamanya, iaitu Nadia. Mikail pasti yang dia tidak mahu kehilangan Mya tetapi mungkinkah perasaan cinta sudah hadir dalam hubungan mereka tanpa disedari? 

Bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali meraih cinta dari Mikail dan sentiasa menghasut Datin Adiba supaya membenci Mya. Keadaan menjadi keruh apabila bekas kekasih Mya, Shamil datang menagih janji lama. Apakah akhirnya Mya akan menemui sinar bahagia dan ketenangan dalam hidupnya? 

Ha, bagaimana? Maaf, ED lambat update tentang sinopsis drama ini. Udada Ubabye!!



ED: best cerita ni..

Rabu, 23 April 2014

(ED & Braces) Gigi atas dah letak power chain

Hai, Rabu lepas ED ke klinik gigi untuk rawatan braces. Minggu lepas, doktor dah letak power chain pada gigi atas ED. Menurut apa yg ED baca di blog2, kalau doktor dah pasang power chain pada gigi, macam petanda dah hampir nak buka braces. Harap2 begitu la..

Power chain pada gigi atas. Tak berapa nampak sebab ED pilih warna silver. Gigi bawah tak rata lagi.

Kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti ye. ED dah pakai braces selama 1 tahun 1 bulan setakat ini. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah.

Selasa, 22 April 2014

(Sembang) Dapat undangan ke majlis pelancaran rasmi portal Tonton Music

Hai, ED dapat undangan ke majlis pelancaran rasmi portal terbaharu Tonton iaitu Tonton Music.

Kad undangannya

Maaf, ED tak dapat pergi sebab clash dengan kerja. Apa2pun, ED teruja dapat undangan ini. Terima kasih Tonton! Udada Ubabye!!



ED: macam best je..

Ahad, 20 April 2014

(Sembang) Lebaran Day By Erid Amaro Designer

Hai, diam tak diam, Hari Raya dah semakin dekat. Baju dengan langsir dah tempah ke untuk tahun ini? Jika tahun ini anda inginkan kelainan pada busana Hari Raya anda, jom tempah baju dengan pereka fesyen Erid Amaro. Rekaan eksklusif, hanya utk anda!

Mana tak eksklusif, 1 customer 1 design!

Anda dah boleh tempah melalui telefon dengan menggunakan nombor telefon yang tertera di atas. Jika nak datang butik Ennura Couture pun boleh juga, boleh jumpa terus dengan Erid Amaro. Tarikh akhir tempahan pada 30/6/2014. Udada Ubabye!!



ED: nak tempah langsir, pergi kedai jahit langsir ye..

Sabtu, 19 April 2014

(Destinasi) Sangkar Kristal, Johor Bahru

Hai, kelmarin ED menghadiri majlis persaraan rakan sekerja di Sangkar Kristal, Johor Bahru. Sangkar Kristal merupakan dewan makan yang dihias indah bagaikan sebuah hotel di dalamnya. Jom lihat, beberapa gambar Sangkar Kristal yang sempat ED tangkap.

Inilah Sangkar Kristal

Di lobi Sangkar Kristal

Ruang menunggu

Inilah dewan makannya. Cantik kan?

Kami di Sangkar Kristal..

First time guna monopod kawan, best2 untuk ED yang suka ambil gambar sendiri. Hehehe..

Sangkar besar dan lampu kristal ada di dalamnya..

Makanan di Sangkar Kristal ini sedap, lebih2 lagi laksa Johor. Okelah, setakat ini dahulu segmen Destinasi di blog EDtv. Udada Ubabye!!



ED: puas hati...

Jumaat, 18 April 2014

(Sembang) Rasanya, Fahrin Ahmad akan jadi hero drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna..

Hai, siapa tengok Fahrin Ahmad dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9 pagi tadi? Perasan tak yang Fahrin kata, dia akan tampil untuk drama TV3 lagi bila ditanya tentang perkembangan terbaharunya? ED rasa, drama TV3 itu ialah drama adaptasi novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Akan datang dlm slot Akasia TV3.

Fahrin Ahmad

Rasanya dia yang akan memegang watak Luqman dlm drama adaptasi novel tersebut. Nak tahu kesahihannya, kita tunggu & lihat nanti. Udada Ubabye!!



ED: tadi dari gaya Fahrin cakap, macam dia akan pegang watak utama..

Selasa, 15 April 2014

(Sekolah) Futsal

Hai, hari ini dalam kelas Moral, ED membuat aktiviti futsal di padang untuk murid2. Daripada aktiviti ini, ED akan menilai murid dari segi tertentu. Tanpa berlengah masa, ini dia cerita tentang futsal tadi.



ED: sebentar lagi, kita akan ke padang untuk bermain futsal atau bola sepak.

Murid: cikgu, futcol tu main apa?

ED: hahaha....... Futsal la, bukan futcol...

Semua murid ketawa.

Lawak betul la seorang budak ni. Dia masih kekok sebut perkataan futsal. ED bukan ketawakan kelemahan murid itu, tetapi ED ketawa sebab bunyi futcol tu lawak. Hehe... Udada ubabye!!



ED: ceria dengar perkataan futcol... 

Ahad, 13 April 2014

(Dramady TV3) Tarikh siaran drama Tuan Rumah Pembantu Rumah

Hai, anda dah bersedia nak tengok drama Tuan Rumah Pembantu Rumah? Drama terbaharu tersebut pengganti drama Yes Boss! dalam slot Dramady TV3. Jika tiada pindaan, berikut tarikh siarannya..

24 Mei 2014 bermulanya drama ini jika tiada pindaan..

Saksikan Nad Zainal, Zoey Rahman, Hisyam Hamid & ramai lagi dlm drama ini.  ED akhiri dengan video montaj drama ini. Lagu tema drama ini ialah Pesona Cinta nyanyian Afzan Rahman, salah seorang pelakon drama ini. Udada Ubabye!!





ED: drama romantik ala-ala kpop..

Sabtu, 12 April 2014

(Samarinda TV3) Teaser drama Ramadan Jangan Pergi

Hai, bila tengok teaser drama Ramadan Jangan Pergi untuk slot Samarinda Ramadan TV3 tahun ni, rasa tak sabar nak tengok drama tersebut. Anda dah tengok belum? Nah, sedikit gambar daripada video teaser drama tersebut.

Siti Saleha watak utama drama ini..

Siti Saleha dan Fir Rahman (pelakon Singapura). Janji manis di awal perkenalan.

Konflik melanda apabila janji tidak semanis yang dilafazkan..

Penderitaan yang semakin berat...

Saksikan ketabahan seorang wanita dalam drama ini..

Ramadan Jangan Pergi. Mulai Ramadan ini di TV3.

Bagaimana? Best kan? Kalau nak tengok video teaser drama ini, pergi ke fanpage Siti Saleha ye. Udada Ubabye!!



ED: Drama sedih ni..

Khamis, 10 April 2014

(Zlurpp!!) Roti serunding ayam pedas AEON Tebrau

Hai, ED nak beritahu, biasanya jika ada AEON Member Day, ED hanya teruja nak beli roti ni je..

Roti serunding ayam pedas. Waktu AEON Member Day, harganya 3 biji RM5.

ED suka roti serunding di AEON (dulu Jusco) sebab serundingnya banyak dan lazat. Hari ini sempena AEON Member Day, ED hanya beli roti ini sahaja. Ada lagi satu yg ED suka iaitu muffin coklat AEON. Memang zlurrpp!! Udada Ubabye!!



ED: AEON dengan rumah ED tak jauh, tu yg datang sana beli roti je.. Hehe..

Rabu, 9 April 2014

(Sekolah) Jangan masukkan penyapu dalam mulut kawan

Hai, hari ini dalam kelas Moral, tiba2 ada seorang murid lelaki angkat tangan untuk bercerita dengan ED. Ini kisahnya..

Murid: Cikgu, petang semalam saya ketawa sendiri. Saya teringat cikgu mengajar.

ED: ??

Murid: Semalam cikgu ajar kelakar. Cikgu kata, kalau murid ejek kita, jangan masukkan penyapu dalam mulut dia. Hahaha...

Tiba2 murid lain pun menyampuk..

Murid: ye la cikgu, saya pun ketawa seorang diri teringat cikgu cakap, jangan masukkan penyapu dalam mulut kawan yg mengejek kita.

(Satu kelas ketawa)




Semalam ED ajar mereka tajuk berhemah tinggi. ED memang ada cakap, kalau ada murid main ejek2, nasihat dahulu. Jangan masukkan penyapu dalam mulut kawan. ED bagi contoh macam tu. Tak sangka pulak mereka asyik ingat part penyapu tu. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: cikgu memang kena buat lawak supaya murid tak bosan..

Selasa, 8 April 2014

(Sekolah) Perasaan ketika hujan lebat, ribut petir semasa latihan bola tampar

Hai, ED nak kongsi perasaan ED semasa latihan bola tampar bersama murid petang tadi. Lihat 2 gambar ini dulu..

 Hujan lebat, petir sabung-menyabung

Sempat latih budak sejam sahaja sebelum hari hujan lebat. Dahsyat betul hujan hari ini di gelanggang.

Semasa hujan lebat, ED dan 21 orang murid berteduh di kaki lima bangunan prasekolah (terletak di belakang bangunan sekolah). Nak balik ke bangunan sekolah dah tak sempat sebab hujan lebat dan petir tak putus2 menyambar. Allah sahaja yang tahu perasaan ED petang tadi. Bila guruh dan petir tak berhenti memancar ke bumi, ED amat risau jika ada kejadian yang tak diingini berlaku. ED betul2 risau akan keselamatan murid2. Semasa ED & murid2 terperangkap di kaki lima bangunan prasekolah, tiba2 ED teringat kes-kes yang berkaitan disambar petir ni. Senang cerita, dalam fikiran ED petang tadi, ada 21 nyawa anak orang yang ED kena jaga. Huhuhu....

Pertama kali, ED menghadapi situasi seperti ini. Pengajaran selepas ini, ED akan lebih peka dengan keadaan cuaca semasa latihan bola tampar. Kebetulan hari ini, cuma ED seorang sahaja guru yang ada untuk latihan bola tampar. 2 orang cikgu lagi demam. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda juga dan tiada apa2 yang berlaku. Udada Ubabye!!



ED: mulut terkumat-kamit berdoa semoga tiada apa2 yang berlaku..

(Sembang) Mula amalkan pati delima Gulsan

Hai, mulai bulan April ini, ED cuba amalkan minum pati delima Gulsan. Banyak khasiat buah delima ni..

ED suka bancuh pati delima ini dengan sedikit gula. Rasanya macam air asam kecut. Sungguh lazat.

Antara khasiatnya yang ED suka ialah kaya antioksidan. Antioksida menyingkirkan toksin dalam badan serta melambatkan penuaan. Hehe.. Sesuai juga untuk stamina dan sakit2 sendi. Sifat masam pati delima ini bukan sebarang masam, tapi masam vitamin C. Pokoknya, memang baguslah minum pati delima ni. Udada Ubabye!!



ED: sedapnya!

Isnin, 7 April 2014

(Telenovela TV3) Drama Temptation Of Wife, mulai 10 April ini..

Hai, drama Filipina terbaharu, Temptation Of Wife akan menyinari slot Telenovela TV3 mulai 10 April ini. Wah, ada Marian Rivera dalam drama ini. Tak silap, drama ini adaptasi drama Korea daripada tajuk yang sama.

Pelakon utama Marian Rivera dan Dennis Trillo.

Berikut, sedikit sinopsis drama ini..

Sinopsis:
Angeline and Heidi share a deep bond of friendship ever since Heidi was orphaned and was taken under the custody of Angeline's parents, Abner and Minda. Angeline grows up responsible and compassionate while Heidi, fueled by ambition and envy, secretly detests Angeline and always feels inferior next to her.
 
Many boys are attracted to Angeline but she falls in love with Marcel. It doesn't take long before Angeline becomes pregnant and gives up on her dreams of becoming a nurse in order to marry Marcel.
 
Although their marriage is void of happiness, Angeline tries to be an excellent wife to her husband, and takes good care of her in-laws, Romeo and Stella. However, she soon learns that the life she chose is full of lies and betrayals. Adding to her woes is her unexpected miscarriage. She soon discovers that Marcel is cheating on her and shocked to learn of Heidi’s treachery. Angeline is devastated by the thought of being betrayed by the two people closest to her heart.
 
Marcel decides to end his affair with Heidi but Heidi is already pregnant with his child. He chooses to live with her as Angeline is forced to go back and stay with her parents. But Angeline finds out that she, too, is pregnant with Marcel's child.
 
Heidi then tries to get rid of that child but ends up drowning Angeline herself by accident. But by a twist of fate, Angeline survives and is back for revenge. She assumes the identity of another woman and seeks out vengeance against Marcel and Heidi. Now, it's time for pay back and Angeline will do everything to taste the bittersweet part of her revenge. (Sumber: wikipedia)

Macam best je drama ni. Okelah, selamat menonton ye.. Udada Ubabye!!



ED: minat Marian Rivera ni...

Ahad, 6 April 2014

(Akasia TV3) Amy Mastura turut berlakon dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Hai, dalam menjejaki hero & heroin drama adaptasi novel, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, semalam penerbit Zeel Production memberitahu ED tentang salah seorang lagi pelakon drama tersebut. Ini dia..

Amy Mastura sebagai Ibu Melina

Persoalan sekarang, siapa hero & heroin drama adaptasi novel ini? Kena tunggu sehingga penerbit dah confirm ye.. ED pun tak tahu lagi. Apa yg ED tahu, ED akan kongsi bersama anda. Udada Ubabye!!



ED: Amy Mastura bawa watak emak pulak sekarang.. Nampak awet muda dia..

Sabtu, 5 April 2014

(Akasia TV3) Tasha Shilla dan Hefny Sahad antara pelakon drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Hai, semasa ED tak online beberapa hari, ada berita ni singgah di instagram EDtv. Drama adaptasi novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna telah diketahui 2 orang pelakon yg akan berlakon dalam drama tersebut. Ini dia..

Hefny Sahad dan Tasha Shilla. Mereka akan membawakan watak antagonis (jahat) dalam drama tersebut.

Hero dan heroin masih belum diketahui. Kata penerbit, drama ini akan dilancarkan pada bulan Ogos nanti. Kalau begitu, kemungkinan besar drama ini akan tayang pada Ogos nanti dalam slot Akasia TV3. Sama2 kita tunggu pengumuman hero & heroin drama ini yg masih menjadi tanda tanya. Udada Ubabye!!



ED: sambutan kehadiran drama ini amat menggalakkan...

(Sembang) Modem wifi disambar petir

Hai, setelah 3 hari ED menyepi di blog ini, hari ini ED kembali. Nak beritahu, 3 hari lepas modem wifi di rumah terbakar sebab disambar petir. Jadi, selama 3 hari ED tak online di rumah (terasa di zaman dulu2, sebab tak payah fikir pasal gadget).

Semalam beli modem baharu, hari ini baru boleh guna sebab ED tak pandai setting. Pagi tadi, pergi balik kedai tu dan suruh orang kedai settingkan.

Alhamdulillah, hari ini ED boleh online semula di rumah. Pengajaran daripada kisah ini, jangan hidupkan modem wifi lagi ketika hujan. Nanti kena beli yang baharu lagi. Udada Ubabye!!



ED: modem wifi jenama TP LINK yg disyorkan di kedai komputer..

Selasa, 1 April 2014

(Azalea TV3) Drama Fajar Aiman, akan datang..

Hai, ini drama terbaharu yang akan datang dalam slot Azalea TV3. Tajuknya Fajar Aiman terbitan Suhan Movies. Berikut para pelakonnya..

Faralyna Idris sebagai Fajar dan Syarul Ridzwan sebagai Aiman

Nantikan drama ini selepas tamat drama Janji Jaslina. Udada Ubabye!!



ED: semakin laris Syarul Ridzwan ni di TV3..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi