Selasa, 8 April 2014

(Sekolah) Perasaan ketika hujan lebat, ribut petir semasa latihan bola tampar

Hai, ED nak kongsi perasaan ED semasa latihan bola tampar bersama murid petang tadi. Lihat 2 gambar ini dulu..

 Hujan lebat, petir sabung-menyabung

Sempat latih budak sejam sahaja sebelum hari hujan lebat. Dahsyat betul hujan hari ini di gelanggang.

Semasa hujan lebat, ED dan 21 orang murid berteduh di kaki lima bangunan prasekolah (terletak di belakang bangunan sekolah). Nak balik ke bangunan sekolah dah tak sempat sebab hujan lebat dan petir tak putus2 menyambar. Allah sahaja yang tahu perasaan ED petang tadi. Bila guruh dan petir tak berhenti memancar ke bumi, ED amat risau jika ada kejadian yang tak diingini berlaku. ED betul2 risau akan keselamatan murid2. Semasa ED & murid2 terperangkap di kaki lima bangunan prasekolah, tiba2 ED teringat kes-kes yang berkaitan disambar petir ni. Senang cerita, dalam fikiran ED petang tadi, ada 21 nyawa anak orang yang ED kena jaga. Huhuhu....

Pertama kali, ED menghadapi situasi seperti ini. Pengajaran selepas ini, ED akan lebih peka dengan keadaan cuaca semasa latihan bola tampar. Kebetulan hari ini, cuma ED seorang sahaja guru yang ada untuk latihan bola tampar. 2 orang cikgu lagi demam. Alhamdulillah, akhirnya hujan reda juga dan tiada apa2 yang berlaku. Udada Ubabye!!



ED: mulut terkumat-kamit berdoa semoga tiada apa2 yang berlaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi