Jumaat, 2 Mei 2014

(Azalea TV3) Sinopsis drama Fajar Aiman

Hai, drama Fajar Aiman akan menghiasi slot Azalea TV3 mulai 5 Mei ini. Berikut sinopsisnya..
Faralyna Idris sebagai Fajar dan Syarul Ridzwan sebagai Aiman

Sinopsis:
’FAJAR AIMAN’ mengisahkan Erma yang bercinta dengan Suffian pada 20 tahun yang lalu. Namun, hubungan cinta mereka tercemar apabila Suffian gagal mengawal nafsu dan mereka berdua terlanjur. Erma telah hilang kepercayaan terhadap Suffian. Atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya, Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah, Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som. Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun, perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar. Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan menebus dosa mereka?
Menarik bukan jalan ceritanya? Saksikan drama terbitan Suhan Movies ini di TV3. Udada Ubabye!!


ED: lagu tema drama ini lagu Alasan Untuk Bahagia, Asfan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi