Jumaat, 30 Mei 2014

(Sembang) Persiapan menjaga 5 ekor anak kucing yang kehilangan ibu

Panik dan kasihan. Itulah yang berlaku kepada keluarga ED semalam apabila sudah 2 hari kucing ED yang bernama Bella tak balik ke rumah. Bulan lepas, Bella telah melahirkan 5 ekor anak. Sekarang, anak2 Bella telah kehilangan ibunya. Paling touching bila melihat anak2 kucing tersebut mengiau di pintu sangkar seakan-akan memanggil ibunya. Tak sampai hati tengok..

ED minta bantuan pembaca blog semalam sebab pertama kali mengalami situasi ini. Alhamdulillah, ramai yang beri cadangan supaya ED membeli susu kucing dan botol susu kucing. Terima kasih.

Pagi tadi, selepas tamat kelas tambahan, ED terus pergi ke Pet Shop dalam Giant Plentong untuk beli susu kucing ni. Botol susu pulak habis..

Petangnya, ED pergi ke kedai ini di Bandar Baru Uda untuk beli botol susu kucing.

Akhirnya, dapat belipun botol susu kucing yang comel ni. 

ED rasa Bella mungkin dah mati tanpa jejak. Kalau Bella hidup, mesti dia dah balik ke rumah. Sekarang ni, hidup anak2 Bella mesti diteruskan. Maaf, ED tak sedia lagi upload gambar anak2 kucing tersebut. Nanti korang sedih.. Udada Ubabye!!



ED: pengalaman baharu ni..

2 ulasan:

  1. baliklah, bella.. anak2 bella rindukn bella..

    BalasPadam
  2. sama la..kucing kita si tompok dan mimie dah seminggu tak balik2..
    sedih tengok anak kucing.. 5 ekor juga.. bagi susu guna botol susu dia tak mahu..
    sedihnya rasa..

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi