Tanjung Balau
Cantiknya ciptaan Tuhan..
Di satu sisi, ada tempat yang amat menenangkan..
Di satu sisi lagi, ada tempat manusia bermain dan bermandi-manda.
Jom ikut ED jalan2 di persisiran Tanjung Balau.
Mula-mula, tak sah kalau tak naik atas batu tanjung ni..
Di sebalik batu ini, dapat dilihat ramai orang bermandi-manda hari ini di sini.. Meriah!
ED tak mandi pun, cuma tengok orang-orang mandi sahaja..
Tak mandi takpe, masih boleh main air lagi.. ED takde mood nak mandi pantai hari ini..
Main air. Hahaha..
Kejernihan airnya membolehkan kita melihat rumpai laut dan ikan2 kecil..
Namapun tanjung, mestilah banyak batu-batu terhakis di pantai ini. Damai je rasa tengok laut..
Nah, tengok apa yang ED tengok tadi. Damai tak perasaan anda?
Sebelum naik ke pesisir balik, ED main ombak dulu..
Sambil makan makanan yang dibawa, sambil tengok layang2 berterbangan di atas kepala. Indahnya..
Sebelum bertolak pulang, ED menikmati aiskrim calung ini yang dah lama sangat ED tak makan.
Sebelum ED balik ke rumah, ED singgah di sebuah lagi pantai yang berdekatan dengan Tanjung Balau. Nantikan kisahnya esok ye.. Udada Ubabye!!
ED: cuti sekolah pergi berkelah di tempat yang dekat sahaja..
owh.. comelnye octopus terbang..!
BalasPadam