Sabtu, 28 Jun 2014

(Sekolah) Pengalaman pertama menjadi guru pengiring Kejohanan Gimnastik

Hai, semalam ED ada update tentang Desaru Damai Beach Resort. Tempat tersebut merupakan penginapan ED bersama murid2 sekolah ED yang menyertai kejohanan gimnastik sukan peringkat negeri Johor yang diadakan di Sekolah Sukan Bandar Penawar. Ini merupakan pengalaman pertama ED menghantar murid2 gimnastik ke sana.

Pasukan gimnastik sekolah ED. 4 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki. Yang baju putih tu, rakan sekerja ED yang menjadi jurulatih gimnastik. ED hanya menghantar murid & menguruskan murid lelaki sahaja di resort. Tentang gimnastik, memang ED takde pengetahuan langsung tentang sukan tersebut.

Di sinilah kejohanan gimnastik berlangsung. Mula kejohanan pada hari Khamis dan semalam. Tetapi kami sampai pada hari Rabu untuk urusan pendaftaran dan latihan murid untuk membiasakan diri dengan gelanggang.

 Beginilah keadaan di dalam dewan gimnastik tersebut..

Nah, antara aksi murid lelaki sekolah ED yang melakukan gimnastik palang sejajar.

Ini pula namanya gimnastik senaman lantai. Secara tak langsung, ED dapat belajar juga tentang gimnastik ni.. Seronok juga tengok murid2 bergimnastik.

Dari Rabu hingga Jumaat ED di Desaru Damai Beach Resort, ED tidur sebilik dengan mereka, naik kereta dengan mereka & melayan ragam mereka. Pertama kali ED ikut aktiviti luar sekolah yang melibatkan murid tahun 2. Memang banyak cabaran, tetapi ED anggap itu pengalaman.

Kami bagaikan satu keluarga. Waktu makan malam di kedai makan bersama mereka, ada yang bertanya, ini semua anak2 ke? Hahaha.. Tetapi, mungkin ini rasanya menguruskan anak 8 orang yang sedang membesar. 

Alhamdulillah, semalam selesai kejohanan tersebut. Peserta sekolah ED hanya dapat sijil penyertaan sahaja. Untuk pengetahuan anda, mereka dihantar ke kejohanan tersebut untuk pendedahan sukan gimnastik. Lagipun mereka masih rebung lagi dalam sukan ini. Mana tahu 2 atau 3 tahun lagi, mereka akan jadi atlet gimnastik? Setakat ini sahaja cerita ED di sekolah minggu ini. Sebagai seorang guru, kita mesti bersiap sedia akan tugas2 yang tidak dijangka seperti ini. Udada Ubabye!!



ED: selamat, takde murid kencing malam.. hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi