Sabtu, 19 Julai 2014

(Mi Casa) Cara ED beli perabot

Alhamdulillah, hari ini perabot sampai di rumah baharu. Akhirnya, ED beli juga perabot sebelum raya tahun ni. Ada cerita di sebalik perabot yg ED beli ni. Nak tahu? Baca kisahnya di bawah ini..

Sofa ini ED beli di kedai perabot biasa di Johor Jaya. Kawan ED yg beritahu promosi sofa ini di instagram. Minggu lepas, ED pergi ke kedai perabot tersebut. Tak sangka, ED dapat beli dengan harga yg murahnya hampir rm1k sebab menurut penjual, ada kilang jual murah 2 set sofa kulit ni pada dia. Itu yg dia jual harga murah juga. ED dapat jimat banyak beli sofa ni. Alhamdulillah, penghantaran pun percuma walaupun jarak kedai dengan rumah ED jauh. 

Walaupun sekarang trend meja makan marble, ED lebih memilih meja makan kayu ringkas ini. ED memang nak perabot yg simple je dlm rumah. Untuk pengetahuan anda, ED beli set meja makan ini di kedai perabot Muar melalui laman web Mudah. Tak sangka, ED akan beli perabot melalui internet dan whatsapp sahaja tanpa pergi ke kedai. Kenapa? Pastilah lebih jimat sebab harga perabot di sana lebih murah beratus2 ringgit berbanding di JB. Walaupun dicaj RM300 untuk kos penghantaran, ED rasa harganya masih murah. 

Selain meja makan, ED beli kabinet tv ini juga di kedai perabot Muar. Murah tau!

Meja kopi ini pun ED beli di kedai perabot Muar. Alang2 dah kena caj RM300 untuk penghantaran, ED tambah sikit barang2 lain. Harganya masih murah.

Selain itu, ED beli meja belajar & kerusi ini untuk persediaan ED sambung master nanti. Kesimpulannya, memang berbaloi ED beli perabot di kedai perabot Muar. Jauh tapi murah & ED hanya berurusan dengan menggunakan whatsapp sahaja. Bayar pulak guna transfer online. Alhamdulillah, urusan jual beli selamat & lancar.

Hari ini, sofa dari Johor Jaya dan set meja makan serta lain2 dari Muar datang serentak. Beginilah rupa ruang tamu ED yg serba ringkas atau minimalis. ED sengaja pilih warna perabot coklat gelap kerana ED inginkan warna2 alam dalam rumah ED & tak nampak kotor. Langsir tu abaikan sebab bila ED ada modal lagi, baru fikirkan langsir yg sesuai.

Mesti anda nak tahu kedai perabot Muar yg ED beli perabot murah kan? Kalau anda buka facebook, cari https://www.facebook.com/mfdesignfurn88 ,atau boleh pergi sendiri ke Muar, Kedai Perabot Tai Seng, Bakri, Muar. ED dapat tahu melalui Mudah. Saja cari perabot kat Mudah & jumpa pulak. Sebenarnya, ED nak beli perabot sekaligus dlm satu kedai, tapi ada beberapa halangan yg ED tak boleh kongsi. Itulah, perancangan Allah sebenarnya lebih indah, jadi kita nikmati sahaja laluan yg Allah dah beri. ED hanya berkongsi cerita, bukan untuk menunjuk2. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah, dapat beli perabot murah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi