Isnin, 21 Julai 2014

(Sekolah) Lukisan ini terpaksaku padam!

Hai, dalam kelas Moral tahun 3 hari ini, ED lukis gambar orang ni untuk menerangkan tajuk pelajaran. 

Lebih kurang macam ni la lukisannya..

Malangnya gambar ini terpaksa ED padam kerana tak putus2 murid tanya soalan tentang lukisan ni. Bukannya tanya tajuk pelajaran. Paling kelakar seorang budak lelaki ni asyik mempertikaikan gambar rambut yg ED lukis. Banyak kali juga dia tanya begini:

"Cikgu, itu rambut eh?"
"Cikgu, kenapa rambut dia macam perempuan?"
"Cikgu, saya tak faham kenapa rambutnya begitu?"
"Cikgu, rambut dia tu...

Senang, ED padam je gambar tu. Habis cerita. Pengajaran disambung semula. Udada Ubabye!!



ED: tergelak juga tadi... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi