Khamis, 3 Julai 2014

(Sembang Ramadan) Buka puasa tanpa nasi?

Hai, kalau anda perasan, Ramadan kali ini, ED ada kongsi menu buka puasa ED di instagram dan dapat dilihat juga di fanpage & twitter EDtv. Hari ini, ada yang tanya ED, kenapa tak buka puasa dengan nasi?

Petikan daripada fanpage EDtv

Masuk Ramadan kelima hari ini, ED berbuka puasa tanpa nasi berlauk seperti kebanyakan orang. ED bukan berdiet tetapi itulah kebiasaan buka puasa di rumah bersama keluarga. Memang dari dulu, keluarga ED buka puasa tanpa nasi (jarang2 sangat buka dengan nasi). Kalau dah makan menu2 seperti yang ED post di instagram, itulah makanan yang dimakan sampai malam. Esoknya sahur, baru mak ED masak sahur seperti menu kebiasaan makan tengah hari. Makan sahur yang berat sikit di rumah ED. Begitulah kebiasaan keluarga ED di bulan Ramadan. Lain orang, lain caranya kan? Udada Ubabye!!



ED: kalau makan nasi, boleh je.. Takde masalah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi