Isnin, 4 Ogos 2014

(Peraduan) D3 Define Design Develop anjuran MCMC dan Media Prima

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2014 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Media Prima Digital, kini menjemput pereka, pembangun aplikasi, usahawan dan perseorangan kreatif untuk menyertai acara D3. Acara ini akan berlangsung pada 23 hingga 24 Ogos ini di Wakalab, Media Prima Digital, Jalan Riong, Bangsar.


Dalam era Generasi Digital kini, kita dihubungkan dengan internet hampir setiap masa. Kita juga terus menerus belajar mengenai teknologi dan menerapkannya dalam hidup kerana peranannya yang mempertingkatkan kehidupan seharian kita. Tidak kiralah sama ada ianya perkara yang mudah seperti menyusun atur jadual harian, membeli-belah di dalam talian, mengingati tarikh lahir sehinggalah merancang percutian tahunan.

D3 merupakan landasan terbaik untuk mereka yang berminat dalam membangunkan aplikasi digital untuk pelbagai penyelesaian inovatif serta membawa dimensi baharu dalam industri media tanah air. D3mensasarkan penyertaan awam dalam menawarkan solusi kreatif dan aplikasi digital melengkapkan keperluan dunia hari ini. Cabaran menarik menanti peserta dalam membangunkan aplikasi digital menerusi integrasi dunia sebenar melalui kategori hiburan dan gaya hidup serta “Komuniti yang Terhubung”. 

Buat julung kalinya, penyelesaian dan aplikasi yang inovatif dikhaskan untuk pengguna luar bandar di bawah kategori Komuniti yang Terhubung. “Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang digital di antara komuniti bandar dan luar bandar. Kami mencari penggemar teknologi yang ingin membuat perubahan dengan membantu komuniti menerusi ciptaan aplikasi yang dapat meningkatkan cara hidup komuniti luar bandar. Kami akan memilih idea yang paling berinspirasi, merealisasikannya dan melaksanakannya di dalam projek jalur lebar komuniti kami,” menurut Dato’ Mohd Ali Hanafiah, Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC. 

Manakala untuk kategori Hiburan dan Gaya Hidup, kami mensasarkan rekaan aplikasi inovatif yang boleh memberi impak selari dengan perkembangan media digital masa kini dan industri hiburan tanah air. “Kami mahu terus konsisten dalam mencari sumber idea yang lebih segar. Gabungan idea kreatif bersama kepakaran teknologi bakal mencetuskan pengalaman baharu dalam dunia media. Peserta boleh menggunakan peluang keemasan ini untuk mewujudkan dimensi baharu bersama rakan industri media. Idea rekaan terbaik bakal diguna pakai untuk kandungan digital kami,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

Hadiah keseluruhan lebih RM60,000 serta bantuan dermasiswa oleh MCMC menanti bakal pemenang. Tambah menarik, D3 turut menawarkan peluang kerjasama membangunkan aplikasi digital baharu bersama MCMC dan Media Prima Digital.

Peserta dibenarkan mereka-cipta aplikasi digital berasaskan perisian Windows, Android dan iOS. SertaiD3 dan kongsikan idea anda bersama komuniti serta peneraju industri media dan teknologi hari ini!  Acara ini akan diadakan di Wakalab, bertempat di ibu pejabat Media Prima Digital di Bangsar. Rakan strategik untuk acara ini termasuk TIME dotcom Berhad dan Microsoft Malaysia.  Hadiah lumayan menanti 3 pasukan teratas :-

Hadiah TEMPAT PERTAMA       -           Wang Tunai RM15,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + Gajet Pintar

Hadiah TEMPAT KEDUA           -           Wang Tunai RM10,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + Gajet Pintar

Hadiah TEMPAT KETIGA           -           Wang Tunai RM5,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + Gajet Pintar

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari mdd.mcmc.gov.my. Pendaftaran akan ditutup pada 17 Ogos 2014.


ED: kepada yg pakar IT, jangan lepaskan peluang ini!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi