Ahad, 25 Januari 2015

(Sembang) Dijemput ke sesi pratonton dan ramah mesra bersama pelakon filem Jengka

Hai, pagi tadi ED menerima emel ini..

Salam Sejahtera daripada Ace Motion Pictures Sdn Bhd & Mask Team PR & Events.
 
Rakan Media Yang Di Hormati,
 
JEMPUTAN KE SESSI PRA TONTON DAN RAMAH MESRA BERSAMA PENGARAH DAN PELAKON FILEM "JENGKA"
 
Selepas lama tidak muncul dengan karya terbaru, Aziz M. Osman tampil dengan filem terbaru "Jengka"
Berkonsepakan "Paranormal", filem "Jengka" membariskan pelakon seperti Rizman Khuzaimi, Ramona Zamzam, Raja Azri & Eyka Farhana. 
 

Berikut merupakan aturcara majlis :
 
TARIKH    : 30 Januari 2015 (Jumaat)
MASA       : 4 petang    
TEMPAT    : Cathay Cineplex Damansara, KL
 
Sehubungan dengan itu, dijemput pihak tuan/ puan/ wakil untuk hadir ke sidang media tersebut.
 
Sinopsis Filem "Jengka"
 
Nini (Ramona) yang sarat mengadungi, mendapat tahu Basir (Rizman Khuzaimi) mempunyai kekasih gelap. Marah dengan bengang dengan sikap Basir, Nini melarikan diri ke dalam sebuah ladang kelapa sawit. Satu kampung berusaha menjejak Nini. Penemuan Nini yang penuh berlumuran darah penuh tanda tanya. Bayi yang dikandung sudah tiada. Ke mana hilangnya bayi tersebut? Segalanya bakal terjawab di penghujung filem ini!

Riezman Khuzaimi pelakon utama lelaki filem ini. Sumber gambar, buahmulut.com.

Ramona Zam Zam pelakon utama wanita filem ini..

Dah lama tak dapat jemputan sebegini rupa. Maaf, ED tak dapat pergi la sebab jauh. Semoga filem ini sukses. Baca sinopsis filem ni dah terasa seram kan? Udada Ubabye!!



ED: terima kasih jemput ED..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi