Oh, baru tahu kenapa rempah saffron merupakan rempah termahal di dunia. Dalam rancangan Spice Routes Adabi TV3 tadi ada jawapannya..
Pengambilan di bunga saffron di ladang saffron di Consuegra, Sepanyol. Bestnya pengacara rancangan tersebut dapat pergi ladang saffron!
1. Dalam setahun ada 20 hari sahaja boleh tanam tumbuhan ini sekitar bulan September hingga November, bergantung keadaan cuaca. Leceh kan?
2. 250 000 bunga saffron boleh dapat 1 kg rempah saffron.
3. Menggunakan tenaga manusia 100% untuk menghasilkan rempah saffron.
4. Sekuntum bunga Saffron hanya mengeluarkan 3 stigma merah dan proses pengutipan, pengasingan hinggalah kepada pembungkusan semuanya menggunakan tangan.
Patutlah, secubit saffron boleh mencecah harga RM30.00. Udada Ubabye!!
ED: suka tengok Spice Routes Adabi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan