Isnin, 19 Januari 2015

(Sembang) Lagu Apa Khabar layak menang AJL 29 kerana...

Hai, cerita AJL29 masih tak habis lagi. Oh, baru ED tahu kenapa lagu Apa Khabar Joe Flizzow dan Sona One layak menjadi juara semalam. Anda tahu tak?

Sona One dan Joe Flizzow semalam di AJL29
Sumber: ig youthmalaya

Lagu apa khabar sebenarnya ditulis oleh Joe Flizzow tentang persahabatannya dengan Malique semasa mereka mula2 dulu menceburkan diri dan perjalanan Too Phat dlm industri hiburan hip hop tanah air. Patutlah, masa awal2 lirik lagu tu ada makan mi segera. Bila ED hayati lagu tu, lirik lagu ini digubah kreatif dan sangat menyentuh perasaan tentang erti persahabatan.

ED tahupun bila baca komen peminat lagu ini di media sosial. Mesti peminat lagu ini lebih faham daripada kita. Kepada anda yg masih pertikaikan lagu ini menjadi juara lagu ke 29, cuba dengar balik dan fahamkan lirik lagu ini. Kalau ED jadi Malique Too Phat, mesti terharu giler dengar lagu ni. Udada Ubabye!!



ED: tahniah kepada lagu Apa Khabar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi