Sabtu, 3 Januari 2015

(Sembang) Teknik lakonan bagi perempuan bertudung untuk mengelakkan bersentuhan dengan lelaki

Hai, malam ini ED memilih menonton telemovie Maulidur Rasul di TV9 iaitu Manikam Hati lakonan Eja, Rusdi Ramli dan Pekin.

Eja dan Pekin dalam telemovie Manikam Hati.

ED perhatikan Eja dalam telemovie ni memegang watak isteri yang baik tetapi tidak memegang atau bersentuhan dengan pelakon lelaki dewasa, Rusdi Ramli yang memegang watak suaminya. Bila babak Rusdi Ramli meninggal dunia, Eja konon2 mengucup dahi suaminya tetapi tidak kenapun sebab sebenarnya Eja mencium tilam di tepi wajah Rusdi Ramli. Kesan teknik penggambaran membuatkan Eja kelihatan seakan mencium dahi Rusdi Ramli tetapi sebenarnya tidakpun. Di penghujung drama ini, Eja kelihatan bersalaman dengan Pekin tetapi ED rasa itu bukan Eja sebab diambil penggambarannya dari belakang. Mungkin orang lain memakai kostum Eja sebab tak nampak muka Eja pun. Baguslah telemovie ni!

Kesimpulannya, teknik penggambaran dapat membantu pelakon wanita yang bertudung agar tidak memegang atau bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Jadi, tiada masalah pelakon wanita bertudung untuk berlakon drama. Pelakon pun mesti mahir menjiwai watak agar tidak nampak tipu dalam lakonan. Hehe.. Udada Ubabye!!


ED: best telemovie Manikam Hati ni..

2 ulasan:

  1. yeah.. selalu gak tgk scene bersentuhan mcm gitu tp dah set dalam kepala mesti ni teknik shoot tu

    BalasPadam
  2. nak tau ost drama ni.tajuk apa ? boleh bagi list x.?

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi