Khamis, 12 Mac 2015

(Lestary TV3) Sinopsis drama Ajaibnya Cinta

Hai, Kisah Mak Cun, seorang penjual bedak sejuk dan anak perempuannya, Halimatun yang belajar di Sepanyol menerusi drama “Spain Uoolss” berjaya mencuit hati penonton ketika disiarkan pada bulan Ogos tahun 2014. Kehadiran Mak Cun di Sepanyol juga membuka mata Akif, teman lelaki Halimaton untuk lebih mengenali keindahan budaya Melayu. 

Ikuti kesinambungan kisah mereka menerusi drama bersiri baharu, “AJAIBNYA CINTA” di slot Lestary bermula 18 Mac 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh Rumah Karya Citra Sdn Bhd, diarahkan oleh Eyra Rahman dan nukilan skrip oleh Eirma Fatima. 


Sharifah Amani, Shaheizy Sam dan Nora Danish.
http://edtv.sharethisstory.net/my-799018-6706?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

AJAIBNYA CINTA membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Shaheizy Sam (Akif), Nora Danish (Halimatun), Sharifah Amani (Hammara), Eirma Fatima (Mak Cun), Lana Nordin (Cinta), Betty Rahmad (Maya), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Shamsul), Dato’ Rahim Razali (Pak Akob), Balkisyh Semundur Khan (Saidatul), Esma Daniel (Dato’ Tajudin), Norish Karman (Datin Suzana) dan Ifa Raziah (Farhana). 

Akif, Halimatun, Hammara dan Maya bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara, begitu juga pada Akif kerana Akif seperti mahu menjauhkan diri darinya. 

Akif mengikut Hammara bertemu dengan Maulana di sebuah perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenar-benarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara.

Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa dengan Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara. Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara.

Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul, tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan yang anak kesayangannya Halimatun akan pulang ke Malaysia. 

Sampai sahaja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun bahawa dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun, tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari-cari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa. 

Datin Suzana dan Dato’ Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat sahaja. Datin Suzana dan Dato Tajudin berasa malu di hadapan para tetamu. 

Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka tentang bersolat. 

Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Dato’ Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong daripada Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program-program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif telah memberi sinaran baharu dan harapan dalam hidupnya. 

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun agar mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. 

Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya. Siapakah jodoh buat Akif? Saksikan drama bersiri terbaharu ini menerusi slot Lestary bermula 18 Mac 2015, setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9.00 malam di TV3. 

Layari laman web www.tv3.com.my serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Penonton yang terlepas menyaksikan drama bersiri AJAIBNYA CINTA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Copy paste, facebook Galaksi Media. Udada Ubabye!!




ED: selamat menonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi