Selasa, 30 Jun 2015

(Eksklusif) 20 Yang Luar Biasa tentang drama Dia Isteri Luar Biasa TV3

Hai, hari ini merupakan episod akhir drama Dia Isteri Luar Biasa di TV3. Istimewa hari ini, ED nak kongsikan kpd anda, kenapa ED suka benar akan drama tersebut. Berikut 20 yg luar biasa tentang drama Dia Isteri Luar Biasa drpd EDtv:

Fathia Latiff & Shukri Yahaya

1. Lagu tema best drpd Akim & The Magistrate. Lagu Potret. Dah la mmg tengah popular lagu tu..

2. Sangat suka tengok montaj drama ini. Kalah montaj telenovela Sepanyol! Berkualiti tinggi!

3. Dewi Yusra lakonan Fathia, memang kena sangat...

4. Shukri Yahaya pun sangat kena dengan watak Raden Amzar.

5. Keith Foo jadi Cik Kam, berjaya buat penonton tergelak dgn wataknya.

6. Paling dibenci tetapi disukai, Elizad sebagai Kak Long Petir. 1 perkataan untuk lakonannya, Mantap!!!

7. Montaj sebelum & selepas iklan pun ED suka tengok...

8. Sinematografi drama ini sangat cantik! Penggambaran di hutan, Lombok & semua la dlm drama ni sgt cantik.

9. Props aiskrim Malaysia perisa asam masin putih tu yg Dewi Yusra makan di kampung.  Mmmmm... So Malaysian! Ingat lagi tak?

10. ED suka tengok hubungan persahabatan antara Cik Kam & Dewi. Raden & kawan2 nya..

11. Jalan cerita drama ini menarik untuk diikuti. Tak bosan..

12. Baju Dewi Yusra yg bertemakan corak kulit harimau & kuda belang menjadikan wataknya mudah diingati.

13. Semua pelakon pembantu berjaya menghidupkan drama ini. ED tak jumpa kayu atau batu dlm drama ni..

14. Lagu penutup nyanyian Shukri dan Fathia menyemarakkan lagi drama ni..

15. Drama ini mengajar kita jangan menilai orang daripada pandangan luaran yg pertama. Dewi Yusra yg disangka jahat rupanya baik. Fatiha yg disangka baik rupanya jahat..

16. Drama ini juga mengangkat tema kekeluargaan di mana ibu Raden, Pn. Hjh. Ziela Jalil berfikiran terbuka & sentiasa bertindak rasional kpd anak2nya yg pelbagai kerenah.

17. Tiada adegan bunuh-membunuh dlm drama ni.. ED suka!! 

18. Panggilan Wife & Husband.... Kreatif sekali penulis novel ini, Umie Nadzimah.

19. Disebalik kontroversi drama ini, masih ada nilai2 murni dlm drama ni. Contohnya, bacaan ayat2 Quran yg boleh dibaca ketika isteri hamil. 

20. Paling luar biasa, semua krew produksi, pelakon drama ini & penonton seakan-akan ada talian hubungan kekeluargaan yg rapat. Susah senang drama ini dikongsi & dirasai bersama di laman sosial.

Okelah, rumusannya drama Dia Isteri Luar Biasa memang luar biasa penangannya. Tahniah utk semua!! Udada Ubabye!!



ED: terbaiklah!!!

Isnin, 29 Jun 2015

(OST) Lagu tema drama Syurga Nur TV3

Hai, inilah lagu tema drama Syurga Nur dalam slot Akasia TV3.

Barisan pelakon drama Syurga Nur.


Tajuk lagu: Benar Cinta
Penyanyi: AishaHanim

Saksikan drama terbaharu ini mulai 1 Julai di TV3. Udada Ubabye!!



ED: sesuai lagu ni dgn jalan ceritanya..

Ahad, 28 Jun 2015

(Sembang) Telemovie Pesan Dari Tuhan dibatalkan tayangannya

Aduh, ED turut bersimpati dengan semua team produksi telemovie Pesan Dari Tuhan yang dijadualkan tayang pada malam ini di TV3 kerana telemovie ini telah dibatalkan penayangannya secara tiba2. Sebenarnya, telemovie Ramadan inilah yg ED ternanti2 nak tengok sebab bila ED tengok pembikinan telemovie ini di instagram, memang sedih giler rasa.

Elly Suriaty berlakon, confirm sedih..

Izreen Azminda berlakon, confirm sedih..

Tengoklah susah payah krew produksi shooting dlm air

Babak hujan.. Banyak tu guna kos..


Bersolat dlm khemah ketika hujan, semestinya telemovie ini akan menyentuh jiwa penonton..

Kepada Kak Erma Fatima, diharap banyakkan bersabar di bulan puasa ni.. Semua sedih kerana telemovie bagus ni tak dapat ditayangkan.. Sebelum ini, drama DILB dipendekkan episodnya, hari ini telemovie ni pulak kena.. Dibatalkan lagi.. Udada Ubabye!!



ED: bertabahlah...

Sabtu, 27 Jun 2015

(Syawal TV3) Tarikh siaran telemovie Hati Perempuan Raya

Update!! Kepada anda peminat drama Hati Perempuan, ini ada sedikit info untuk anda tentang telemovie raya Hati Perempuan..

Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad teraju utama
Sumber gambar: media hiburan

ED terbaca di facebook Creative Skill semalam, telemovie ini akan tayang pada 22//2015 pukul 10 malam. ED rasa telemovie ni masih mengekalkan tajuk yang sama iaitu Hati Perempuan walaupun Amar Baharin dan Izreen Azminda ada sekali dalam telemovie ni membawakan watak Tajul Razin dan Indah Halina. Sebab tayang pada hari raya, mudah disebut dan mention di twitter dan instagram dengan Hati Perempuan Raya. Tak gitu? Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

Jumaat, 26 Jun 2015

(Zlurpp!!) Resipi nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv

Hai, inilah resipi nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Menu buka puasa ED hari ini.

Ini dia, nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Bahan sampingan ikut selera masing2. ED suka timun, tomato, tempe dan tahu sebagai bahan sampingan.

Resipi + cara:
1. Buat sambal dahulu.
2. Goreng sehingga layu:
- segenggam ikan bilis
- 3 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 10 biji lada merah
- 5 biji cili padi
- sebesar ibu jari belacan
- sebiji tomato belah 4
- minyak utk goreng

3. Lepas tu, masukkan dlm lesung batu & tumbuk sehingga lumat.
4. Campurkan sedikit garam & gula mengikut rasa.
5. Siap dah sambal nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Mudah kan?

6. Masak nasi.
7. Beras 5 pot dicuci bersih.
8. Beras kena campur dgn kuah stok ayam.
9. Cara buat kuah stok ayam.
- panaskan minyak
- masukkan suku bawang besar dihiris
- masukkan 2 biji bawang putih dihiris
- masukkan sebesar ibu jari halia, dihiris
10. Tumis sehingga layu.
11. Masukkan 7 pot air.
12. Masukkan 1 kiub pati ayam.
13. Masukkan garam secukup rasa.
14. Siap kuah stok ayam, masukkan dalam beras tadi.
15. Boleh masak nasi dgn kuah pati ayam tadi.
16. Siap dah nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Mudah kan?

17. Sediakan bahan2 sampingan.
18. Goreng tauhu begitu sahaja.
19. Goreng tempe yg telah dicelup dgn air garam.
20. Goreng ayam yg telah diperap dgn rempah.
21. Cara buat rempah perapan ayam:
- gaulkan ayam dgn kunyit, halia, serbuk jintan, ketumbar, bawang putih, bawang merah & halia yg telah dikisar. Letak sedikit garam juga.

22. Goreng ayam dgn minyak.
23. Potong timun & tomato secukup rasa.
24. Bila semua dah siap, boleh hidangkan.

Anda boleh tambah sup jika suka. ED tak guna sup pun takpe. Mudah kan cara nak buat nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv? Kos pun tak banyak. Selamat mencuba!



ED: sambal dia sedap!!

Khamis, 25 Jun 2015

(Akasia TV3) Tarikh episod akhir drama Dia Isteri Luar Biasa dicepatkan..

Hmmm... Patutlah minggu ini ED rasa macam dah nak habis je drama Dia Isteri Luar Biasa ni.. Ada info terkini ni, ada perubahan tarikh episod akhir drama Dia Isteri Luar Biasa di TV3.

Drama Dia Isteri Luar Biasa akan tamat pada 30/6/2015. Sampai episod 26 je.. Tiba2 tak jadi 28 episod.

ED terkejut juga dengar berita ni.. Mungkin inilah kejutan yg TV3 nak bagi kpd penonton2 drama Dia Isteri Luar Biasa. Ingat, Selasa depan finale drama Dia Isteri Luar Biasa. Udada Ubabye!!



ED: sabarlah..

Rabu, 24 Jun 2015

(OST) Lagu tema drama Wadi TV3

Hai, ada yg minta ED post lagu tema drama Wadi TV3. Bagi ED mudah je, ini dia lagu temanya..

Tengok iklan, macam best drama ni..

Lagu tema daripada Ezad Lazim tajuknya Hati Mati.

Nantikan drama ini mulai Jumaat ini di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!



ED: nak tengokla...

Selasa, 23 Jun 2015

(Akasia TV3) Episod akhir drama Dia Isteri Luar Biasa

Hai, setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Berikut tarikh episod akhir drama Dia Isteri Luar Biasa..

Drama Dia Isteri Luar Biasa akan tamat pada 2/7/2015. Yang belum baca novel, ada kejutan dalam minggu terakhir drama ni..

Teruskan menonton sehingga ke episod terakhir drama ini. Serba serbi luar biasa drama ni, luar biasa penontonnya yang menyukainya, luar biasa juga kritikan yang dilontarkan. Apa2 pun, ED suka jalan cerita drama ni. Tahniah utk semua team produksi drama Dia Isteri Luar Biasa.. Udada Ubabye!!



ED: Luar biasa!

(Ramadan) Siapa yang buang anak kucing depan rumah ED ni?

Hai, pagi tadi buka pintu nak pergi kerja, ada anak kucing depan rumah. Siapa pulak yg buang anak kucing depan rumah ED ni?

Bukan lakonan, tapi kenyataan. Kucing ni menggesel2 kat kaki ED menyukarkan ED nak pergi kerja pagi tadi. Ke mana ED pergi, anak kucing ni ikut sekali.

Kucing kat rumah dah banyak, ada 6 ekor. Perlu ke bela anak kucing ni? Kesian pulak tengok... Setakat ni, kucing ni ada dalam rumah ED. Tak sampai hati pulak biarkan dia mengiau2 di luar rumah.. Udada Ubabye!



ED: kucing pembawa rezeki, katanya...

Isnin, 22 Jun 2015

(ED & Braces) Tarikh buka braces dipercepatkan

Alhamdulillah, penat menunggu giliran sehingga 2 jam petang tadi terubat apabila doktor cakap, gigi ED dah oke dan sebelum raya dah boleh buka bracesnya.

ED rahsiakan dulu hasil gigi ED ye.. 

Tarikh buka braces sepatutnya bulan 8, tapi doktor cakap bulan depan dah boleh buka. Tunggu je la macam mana hasilnya nanti. Untuk pengetahuan semua, bulan ini dah masuk 2 tahun 3 bulan ED pakai braces tau.. Udada Ubabye!!



ED: semoga semuanya berjalan lancar..

Ahad, 21 Jun 2015

(Ramadan) Masih ada lagi kuih 4 biji RM1.00

Alhamdulillah, gerai yg selalu ED pergi ni masih jual kuih 4 biji RM1.00 walaupun tahun ini dah ada gst.

Lihatlah, kuih2 ini 4 biji RM1.00

Semua kuih yg dijual 4 biji RM1.00

Setiap tahun, ED suka pergi ke gerai ni. Dekat je dengan rumah ED. Beli RM5 dapat 20 biji kuih. Okelah tu untuk buka kan? Udada Ubabye!!



ED: semoga murah rezeki peniaga ni..

Jumaat, 19 Jun 2015

(Ramadan) Tersalah dapat mesin basuh

Hai, pagi2 hari ini ED dah pergi ke salah sebuah pasar raya di Sutera Mall untuk beli mesin basuh semi auto. Sebabnya, di sana ada offer mesin basuh semi auto.

Sutera Mall

Nak tunggu lori hantar lambat, ED putuskan untuk bawa mesin basuh ni guna kereta ED. Alhamdulillah, muat.

Sampai rumah, punyalah teruja buka kotak sebab mak nak basuh baju tapi.... Dalam kotak tu mesin basuh auto yg harganya lebih mahal drpd apa yg ED bayar. Promoter tu salah bagi mesin basuh.

ED pun call customer service untuk tindakan pihak sana. ED call dengan niat pihak sana datang ke rumah ED untuk tukar balik mesin basuh tu tapi... Pihak sana suruh ED datang ke sana tukar balik atau kalau ED tak tukar dalam masa 8 hari, dah tak boleh tukar lagi. Walaupun ED dah cakap, mesin basuh auto yg ED dapat lebih mahal drpd mesin basuh semi auto tu, itulah jawapan daripada pihak customer service berkenaan. Seakan2 mereka tak kisah ED dapat mesin basuh mahal.

Kesudahan cerita, mesin basuh auto tu terpaksa ED bawa ke rumah baharu ED & petang tadi beli lagi sebuah mesin basuh semi auto di kedai barang elektrik. ED tak jadi tukar mesin basuh sebab kotaknya dah koyak & tak sesuai untuk dipulangkan semula. ED anggap ini rezeki ED je la hari ini. Yang penting, ED dah jujur kpd pihak yg berkenaan. Udada Ubabye!!



ED: tamat cerita mesin basuh

(Ramadan) Jemputan ke Vivo Grand Launch Malaysia

Hai, ED dapat jemputan ke pelancaran smartphone jenama Vivo pada minggu hadapan di KLCC. Berikut emel yg ED terima tadi.. 


VIVO GRAND LAUNCH MALAYSIA

On behalf of the VIVO team, we would like to cordially invite you or your journalist and photographer/TV crew to join us at this auspicious event. Details are as follows: 

Venue: Exhibition Hall 4 & 5, Kuala Lumpur Convention Centre, Malaysia

Date:    Thursday, 25 June 2015

Time:    3.30 pm

Guest Appearance by Dato AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, Amber Chia, Rashidi Ishak, Ainul Aishah, Izzue Islam, Nomad, So Wincci, Aiman, FS Fuying & Sam.

Alamak, event tu hari Khamis la.. ED rasa tak sempat nak pergi. Ada sesiapa nak wakilkan EDtv? Emel di zahidi_zakariya@yahoo.com . Udada Ubabye!!



ED: bestnya kalau dapat pergi..

Khamis, 18 Jun 2015

(Ramadan) Mesin basuh rosak

Hai, ini cerita Ramadan pertama ED. Hari ini mesin basuh di rumah rosak. Mak tak dapat cuci baju dengan mesin basuh.


Petang tadi, gigih mencari mesin basuh semi auto. Emak tak nak dan tak suka guna mesin basuh auto. Tak banyak pasar raya jual mesin basuh auto. Mula2 cari di Aeon Big, dah habis. Tesco pula mesin basuhnya tak menepati citarasa. Last sekali pergi Giant, jumpa la mesin basuh seperti di atas. Tapi penghantarannya hari Sabtu sebab driver lori takde, baru je berhenti. Lamanya nak tunggu Sabtu. Sempat membukit baju tak berbasuh di rumah. Pencarian mesin basuh semi auto akan diteruskan esok. Udada Ubabye!!



ED: dugaan...

Rabu, 17 Jun 2015

(Ramadan) Selamat berpuasa!

Assalamualaikum. ED nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog EDtv.


Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Itu yang penting. Udada Ubabye!!



ED: esok puasa

Selasa, 16 Jun 2015

(Ramadan) Dah mula beli lauk untuk sahur

Hai, beginilah rutin ED 2 hari sebelum puasa setiap tahun..

Tadi, beli lauk di Econsave. Boleh la....

Beli lauk sahur 2 hari sebelum puasa. Ini kerana sehari sebelum puasa, mesti ramai orang di pasar. Tak sanggup ED nak bersesak2. Jalan raya pun sesak juga. Jadi, jalan selamat, belilah lauk sahur hari ini.. Udada Ubabye!!



ED: sahur itu penting..

Isnin, 15 Jun 2015

(Syawal TV3) Telemovie Bukan Wanita Sempurna, malam raya..

Hai, rindukan Kyra Lydia lakonan Siti Elizad? Walaupun telemovie Teman Lelaki Upahan Raya takde, namun masih ada lagi telemovie raya yang menampilkan Siti Elizad. Siaran malam raya lagi di TV3.

Telemovie Bukan Wanita Sempurna, siaran malam raya di TV3.

Selain Siti Elizad dan Amar Asyraf, telemovie tersebut dibintangi juga oleh Izreen Azminda dan Rita Rudaini. Mesti best punya la telemovie ni.. Nantikan malam raya di TV3.



ED: telemovie sedih ni...

(Study) Tamat peperiksaan semester 2

Alhamdulillah, 12.00 tengah hari tadi tamat peperiksaan sekaligus tamat semester 2 untuk pengajian master ED.

ED datang awal ke dewan peperiksaan hari ini sebab nak ulangkaji. Subjek yang agak tough hari ini.. Periksa pukul 9, pukul 7 ED dah sampai sini. Dapat jugak tengok langit pagi yg cantik ni..

Semester ni banyak sangat dugaan yang tak boleh ED lupakan. Biarlah ED simpan cerita2 tu.. Udada Ubabye!!



ED: esok baru mula naik sekolah..

Sabtu, 13 Jun 2015

(Sekolah) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Alhamdulillah, tahun ini ED menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2014.


Itu je ED nak kongsi hari ini. Udada Ubabye!!



ED: esok exam..

Khamis, 11 Jun 2015

(Lestary TV3) Drama Lari Mira The Series, akan datang...

Hai, ini dia drama terbaharu yang dijangka meletup tahun ini di TV3. Tajuknya Lari Mira The Series. 

Pelakon utama drama Lari Mira The Series ialah Nina Iskandar dan Nazrief Nazri.

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Mira selepas bencana tsunami di Banda Acheh. Menarik bukan? Nantikan buah tangan terbaharu slot Lestary TV3 ini.. Udada Ubabye!!



ED: penggambaran drama pun di Acheh tau..

Rabu, 10 Jun 2015

(Samarinda TV3) Drama Surah Buat Maisara, akan datang..

Hai, ini sebuah lagi drama terbaharu slot samarinda TV3. Tajuknya Surah Buat Maisara.

Pelakon utama Syatilla Melvin dan Beego. Shukri Yahaya turut berlakon dalam drama ini.

Nantikan siarannya pada November nanti. Udada Ubabye!!



ED: update ringkas je hari ini..

Selasa, 9 Jun 2015

(Ramadan TV3) Sinopsis drama HidayahMu Ramadan, Wadi dan Syurga Nur

Hai, berikut sinopsis drama-drama Ramadan di TV3.


SAMARINDA: HIDAYAHMU RAMADAN
17 episod, bermula 4 Jun, Setiap hari Selasa – Khamis, 10.00 malam
Hidayah dan Nazir ialah sepupu yang sangat rapat walaupun tetapi mereka berasal dari latar belakang yang berbeza. Ibu bapa mereka jarang berhubung kerana orang tua Nazir memandang rendah terhadap keluarga Hidayah yang miskin. Selepas 11 tahun, Nazir kini graduan universiti yang sedang mengikuti semester terakhir manakala Hidayah pula seorang pelajar Tingkatan Enam. Hidayah bercita-cita untuk menyambung pelajarannya di menara gading seperti Nazir. Namun, segalanya berubah kerana ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan. Ibu bapa     Nazir enggan menjaga Hidayah. Jadi, Nazir mula memberi perhatian atas Hidayah dan mereka sering berkongsi masalah. Ibu Nazir mahu memisahkan mereka berdua kerana dia tidak rela menerima Hidayah sebagai menantunya jika Nazir mula menyayangi Hidayah seperti teman istimewanya.

ZEHRA: WADI
13 episod, bermula 26 Jun, Setiap hari Jumaat, 9.00 malam (Tonton Premiere bermula 20 Jun)
Ayah Wadi terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi. Wadi dipersalahkan oleh ibu tirinya Zainah. Sejak itu, Zainah amat membenci Wadi dan sering menderanya secara fizikal dan mental. Wadi mencari ketenangan dalam aktiviti berlari. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang pelari yang professional. Wadi ialah atlit yang paling pantas di sekolah dan dia telah memenangi banyak pingat. Suatu hari, Wadi hilang kesabaran apabila Zainah membakar kesemua pingatnya. Zainah hampir terbunuh dalam pergelutan. Wadi melarikan diri kerana ketakutan. Dia kemudiannya mula hidup di jalanan. Apakah kesudahan hidup Wadi?

AKASIA: SYURGA NUR
28 episod, bermula 6 Julai, Setiap hari Isnin – Khamis, 6.55 petang
Nur kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alinyang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil dan Adib yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur kini dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Akhirnya, Nur mendapat tahu rahsia Kamil apabila Kamil menolak untuk mengahwini Siti. Nur berjumpa dengan Alin semula dalam sebuah mesyuarat. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?
 Sumber: Galaksi Media

Selamat menonton!




ED: Tiga-tiga drama sedih..

(Lestary TV3) Drama Kau, Aku, Kita akan datang...

Hai, sebuah lagi novel akan diadaptasi ke drama TV3. Drama Kau, Aku, Kita akan datang di Slot Lestary TV3.

Pelakon belum diketahui lagi.. Ini gambar hiasan sahaja.

Drama ini adaptasi daripada novel karya Orkid Edelyn dan akan diterbitkan oleh Js Picture Production. Puan Hajah Sheila Rusly sekarang tengah mencari pelakon utama drama ni. Kita tengok je la siapa pilihan beliau. Lepas raya baru drama ni akan shooting. Udada Ubabye!!



ED: nantikan..

Isnin, 8 Jun 2015

(Syawal TV3) Telemovie Kerana Terpaksa Aku Relakan Hati Perempuan, akan datang...

Hai, apakah akan terjadi jika 2 drama adaptasi novel digabungkan menjadi 1 telemovie? Nantikan telemovie Kerana Terpaksa Aku Relakan Hati Perempuan, akan datang pada Syawal ini di TV3.

4 pelakon utama, Izreen Azminda, Syarul Ridzwan, Mia Ahmad dan Amar Baharin.

ED yakin, mesti ramai yang tak sabar kan? Sebenarnya, tajuk telemovie ini masih lagi belum rasmi. Kalau pakai tajuk drama pun oke juga. Tarikh siarannya dijangka pada malam Raya kedua. Tunggu je lah nanti bila tiba masa ye.. Udada Ubabye!!



ED: dijangka mendapat sambutan telemovie ni..

Sabtu, 6 Jun 2015

(Iris TV3) Drama Abang Sado Jemur Kain, akan datang...

Hai, inilah drama terbaharu slot Iris TV3, Abang Sado Jemur Kain. 

Pelakon utama Cat Farish, Shah Jaszle, Janna Nicik dan Azlan Mokhtar

Turut dibintangi oleh Ammar Alfian, Idris Khan dan Afzan Rahman.

Nantikan drama ini di TV3, mungkin selepas drama Rubberband kot... Udada Ubabye!!



ED: drama komedi ni...

Jumaat, 5 Jun 2015

(Zehra TV3) Tarikh siaran drama Wadi

Tengok iklan macam best drama Wadi ni.. Drama terbaharu slot Zehra TV3 yang akan menggantikan drama Puteri Bukan Nama Sebenar. Berikut tarikh siarannya..

Syafie Naswip dan Ardell Aryana selaku pelakon utama drama Wadi.

Nantikan drama sedih ini pada bulan puasa ini di TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

(Sembang) Jom tempah baju raya dengan pereka fesyen Erid Amaro!

Hai, promosi 1 customer 1 design dah masuk tahun ketiga. Kalau anda nak tempah baju raya atau baju kahwin, ED cadangkan anda tempah dengan pereka fesyen Erid Amaro. Murah tau berbanding pereka fesyen yg lain. 

Erid amaro designer
Designer celebrity, bridal & couture

Berikut butir2 menarik jika anda tempah baju raya dengan Erid Amaro:

-Design custommade limited edition

-Untuk lelaki : melayu modern dan jubah modern
-Untuk wanita : kurung modern dan jubah

-Open any design

-Harga mampu milik untuk semua client..  Dan boleh buat mengikut bajet client

Untuk pengetahuan anda, Erid Amaro pernah bekerjasama dengan artis seperti:
Lisdawati
Tasha manshahar
Black mentor
Adira
Daus af8
Ainan tasneem
Syafie naswip
Farisha popstar
Asmidar
Caroline mentor
Salma mentor
Syatilla melvin
Hazama
Talha harith
Eka af9

Erid juga pernah mereka pakaian pengantin artis Black mentor dan daus af8.

Pesanan designer..  Jgn risau..  Walaupon pernah bkerjasama dgn celebrity..  Harga followers die tetap harga mampu milik..  Khas untuk anda semua 


Sekarang ni, ada kedai yg tak nak amek tempahan baju raya lagi. Tapi, anda boleh tempah dgn Erid Amaro sejingga 5 Julai nanti. Nak tengok rekaan beliau, pergi instagram beliau seperti yg tertera dlm gambar. Udada Ubabye!!



ED: jangan lepaskan peluang ini...

(Sembang) Teman Lelaki Upahan Raya, ada atau tidak?

Hai, ED ingatkan ada Teman Lelaki Upahan Raya pada Syawal nanti di TV3. Kepada anda yg berharap seperti ED, bersiap sedia untuk terima kenyataan ye...

Tidak ada telemovie Teman Lelaki Upahan Raya di TV3 pada Syawal nanti.. Nah, tengok gambar ni dan berangan sendiri ye..

ED tanya Siti Elizad semalam dan dia dah beritahu bahawa tidak ada TLU Raya. Kita tunggu TLU Hari Raya Haji pulak la.. Mana tau ada macam drama KTAR tahun lepas kan? Udada Ubabye!!



ED: drama best ni takde versi raya pulak...

(Study) Hantar permohonan biasiswa master ED

Alhamdulillah, berjaya juga hantar permohonan biasiswa My Brain 15 untuk master ED. Baru hantar permohonan je, dapat atau tak tawakkal aje la.. Yang penting dah usaha..

Kepada penjawat awam yg sambung master atau phd, jom mohon..

Permohonan biasiswa ni bukan sesuatu yang mudah bagi ED. Banyak urusannya. Kalau diingat balik, ini dia rentetan proses ED nak mohon biasiswa ni:

- mula2 online, nak kena isi markah penilaian prestasi (kena jumpa kerani sekolah)
- selepas itu ada beberapa borang yang perlu ditandatangan oleh guru besar
- selepas itu ada borang yang perlu disahkan oleh ketua jabatan fakulti, bendahari, ketua pusat pengajian dan pensyarah (yang ni rumit sikit sebab tempat mereka tak sama di UTM, jadi kena bergerak).
- selepas itu kena scan ic, surat tawaran master, transkrip & borang2 yg telah disahkan tadi (yang ni oke)
- last sekali nak hantar, kena upload semua dokumen yg telah di scan dlm bentuk pdf dan saiz tidak melebihi 400kb. Yang ni yang mencabar, pagi ini ED baru dapat upload semua dokumen ni. Kenapa mencabar? Siapa yg mohon, anda tahulah...

Harap2 berjaya la permohonan ED ni.. Doakan ye.. Udada Ubabye!!



ED: alhamdulillah, ada tawaran biasiswa utk penjawat awam yg sambung master...

Khamis, 4 Jun 2015

(Sembang) Bertukar ke pelan First Basic 38 Celcom

Akhirnya, setelah difikir2 mengikut situasi semasa, ED putuskan untuk bertukar ke pelan postpaid First Basic 38 Celcom. Pagi tadi ED beli pelan ni, esok baru boleh guna.

Esok ED akan guna simkad dan nombor baharu ni.. Nombor Celcom yg lama, biarkan dia menjadi sejarah...

Kenapa ED beli pelan First Basic 38 Celcom?
- bulanan rm38 + gst rm2.30 = rm40.30 (murah lagi...)
- 3gb data internet + 3gb wifi (pakai prepaid beli data 2gb rm38 sebulan)
- dapat 50 sms + 50 minit panggilan ke semua operator (sekarang zaman whatsapp dan media sosial)
- baki data internet boleh dibawa ke bulan seterusnya. (Sesuai sangat untuk ED yg ada streamyx di rumah)

ED rasa pelan ni sangat murah & memenuhi keperluan kita pada zaman sekarang. Pagi tadi daftar nombor baharu termasuk pelan tersebut hanya rm40.30 tanpa kontrak. Udada Ubabye!!



ED: siapa yg tak nak jimat kan?

(Akasia TV3) Pelakon utama drama Mencintaimu, Zahirah Macwilson dan Sharnaaz Ahmad

Hai, inilah pelakon utama drama terbaharu slot Akasia TV3, Mencintaimu. Heroin baharu di slot Akasia tau! Nak tahu?

Zahirah Macwilson dan Sharnaaz Ahmad pelakon utama drama Mencintaimu.

Zahirah ni pelakon drama Dunia Generasi Baru di TV9. Rasanya ini kali pertama Sharnaaz Ahmad jadi hero di slot Akasia tv3. Bagaimanakah hasil gandingan pelakon baharu dan lama ini? Nantikan drama ini selepas tamatnya drama Syurga Nur. Udada Ubabye!!



ED: drama ni bukan adaptasi novel

(OST) Lagu tema drama HidayahMu Ramadan TV3

Hai, selepas drama Teman Lelaki Upahan, Ippo Hafiz telah dipilih menjadi penyanyi untuk lagu tema drama HidayahMu Ramadan lakonan Zara Zya dan Aeril Zafrel.

Ippo Hafiz dan pelakon drama HidayahMu Ramadan.
Wah, dalam tahun ni je dah 2 lagu Ippo Hafiz menjadi lagu tema drama hebat di TV3.

Lagu tema drama HidayahMu Ramadan ialah Hidayahmu nyanyian Ippo Hafiz. Mesti best punya la... Nantikan lagu dan drama tersebut mulai 10/6/15 di slot samarinda tv3. Udada Ubabye!!



ED: lagu tersebut belum ada lagi di Youtube..

Rabu, 3 Jun 2015

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Syurga Nur

Hai, dah lama ED tak update blog sebab streamyx tergendala. Hari ini streamyx dah oke semula dan ini entri untuk anda pembaca setia blog EDtv. Berikut tarikh siaran drama Syurga Nur yang akan menggantikan drama Dia Isteri Luar Biasa di Akasia TV3.

Mengikut perkiraan ED, drama Syurga Nur akan tayang pada 6 Julai nanti.

Drama Ramadan ini dibintangi oleh Amar Asyraf, Azrel Ismail, Janna Nick dan ramai lagi. Bersiap sedia untuk menangis apabila menonton drama ini ye.. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan!

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi