Hai, mesti korang tertanya-tanya, kenapa ED tukar wajah baharu blog EDtv sempena tahun baharu setiap 1 Disember. Kenapa tidak pada 1 Januari?
Sebenarnya, pertama kali ED tulis blog pada bulan Disember. Jadi, ni kira macam sambutan ulang tahun juga la. Pada header blog EDtv kali ini lebih bersahaja dengan gambar ruang tamu. Ini menggambarkan konsep blog EDtv yg santai dan ringan untuk dibaca. Nombor 6 pada header tu ialah blog EDtv dah berusia 6 tahun. Warna hijau limau digunakan kerana nampak redup dan tenang.
Blog EDtv 2016 setakat ini tidak ada segmen baharu. ED teruskan saja dengan segmen2 sedia ada. Kalau anda anda cadangan utk segmen baharu, hubungi je ED di media sosial yg tertera. Harap korang enjoy ye datang ke sini. Udada Ubabye!!
ED: terima kasih kerana baca blog saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan