ED nak kongsi cerita yg berlaku kepada ED hari ini. Habis buat kerja dari library tingkat 3 petang tadi, ED nak turun ke aras bawah guna lif. Bila ED masuk dalam lif seorang, pintu lif buka tutup buka tutup sahaja. Pintu lif rosak. Bila ED keluar dan turun guna tangga, ED nampak orang lain guna lif tu oke je.. Hurm...
Balik dari library, ED singgah ke Tesco sebab nak beli syampu offer. Sampai Tesco, eskalator pulak rosak. ED malas nak guna eskalator yg jauh tu. Lalu, ED pun pergi ke lif Tesco. Bila lif terbuka, ED dan beberapa orang lagi masuk ke dalam. Ya Allah, tiba2 sama jugak perangai lif kat Tesco dengan kat library tadi. Pintu lif buka tutup buka tutup tak sudah2. Pelik, lif tak mesra langsung dgn ED hari ini. Akhirnya, ED berjalan jauh sikit guna eskalator lagi satu.
Syampu ni RM11.90. Hari ini last offer.
Sebab hari ini hari yang pelik, ED abadikan cerita ni di blog EDtv. Udada Ubabye!!
ED: kenangan tu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan