Alhamdulillah, semalam barang ED yang dihantar guna poslaju sampai. Lewat seminggu dah tetapi asal barang selamat, oke la..
Inilah barang ED yg terima semalam. Selamat elok dalam bungkusan lagi.
Ekoran entri ED yg bertajuk Poslaju dah tak laju , ED terima maklumbalas pembaca tentang perkhidmatan Poslaju yg mengecewakan.
Saya pun TERKENA hari tu...saya beli brg online ...saya check tracking tertulis unsuccessful delivery...lepas tu stop kat situ je...langsung tak ada tindakan selanjutnya...akhirnya saya pergi ambil sendiri kat pejabat Pos laju sebab dah lama sangat kat situ tak bergerak dan takut mrk hantar balik dekat pengirim...serik dah rasanya nak guna Pos laju...
Azizah Alias: komen di blog EDtv
Prnh jd mcm ni kt sy.. Kirim pes laksa sarawak dr sibu kt mak.. Hari2 dok check trace & track.. Setakat smp kt poslaju masjid tnh.. Berhari la gak..Lastly, call poslaju dorg kata kotak pecah.. Pastu nk slhkn kita, walhal dh guna kotak provided by poslaju & staf dia yg psg & wrap..sabo je la.. Nt cuba Ed follow up psl brg tu..
Nurul Syafikah: komen di facebook EDtv
Yang ni pulak cerita kawan ED semalam di facebook. Dah la barang dapat lambat, dia ambil sendiri di pejabat poslaju, bungkusan kena koyak lagi.
ED berharap jika ada anda ada sedara mara atau kawan yg bekerja di Poslaju, tolong panjangkan isu ini. Poslaju, jangan buat macam ni lagi. ED bukan nak aibkan tetapi nak bagi kesedaran supaya hal ini tidak berpanjangan. Dulu, ED memang puji servis Poslaju yg tip top, sekarang krik.. krik.. krik... Udada Ubabye!!
ED: sabar je la..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan