Hai, ED nak kongsi cerita pengalaman bekerja pada bulan puasa di McDonalds. Selepas SPM, ED bekerja di McDonalds. Setahun juga kerja di McD.
Hahaha... penampilan ED bekerja di McDonalds dulu2. Zaman kurus keding.
Setahun kerja, best juga. ED biasanya akan bertugas sebagai cashier.
ED ingat lagi, pada bulan puasa, bekerja di kedai makanan segera amat mencabar kerana waktu nak buka puasa, waktu tu la customer beratur panjang. Bila azan Maghrib bergema, ED minum seteguk air sekejap & kembali melayan customer sehingga customer berkurang. Bila customer dah kurang, barulah pekerja rehat & buka puasa bergilir2. Pengalaman yg tak dapat ED lupakan.
Pada bulan puasa juga, ED masih ingat lagi, ED masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik kerja pukul 4.30 pagi esoknya. Walaupun begitu, ED tetap enjoy dengan pekerjaan ED waktu tu..
Maaf, gambar memang sengaja ED blurkan supaya korang tertanya2. Hahaha.. Gambar lama semua ni. Sebelum mengakhiri cerita, ED nak kongsi kata2 manager ED dulu, bekerja mesti gembira, kalau kerja kerana duit tapi tak gembira, tak guna juga. Udada Ubabye!!
ED: kerja mesti enjoy!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan