Ahad, 31 Julai 2016

(Mi Casa) Beli perabot asrama terpakai di UTM

Cerita semalam..

ED pergi ke UTM utk membeli perabot asrama terpakai seperti almari besi ni, katil, meja belajar dan kerusi belajar.

Setiap 5 atau 7 tahun, perabot asrama mesti diganti baharu. Jadi, yang lama akan dijual semula pada harga yg sangat murah.

Jika nak beli perabot ni, kena uruskan lori sendiri & ada barang yg kena angkat sendiri. Perkhidmatan pengangkutan tidak disediakan.


Semalam ED beli banyak juga perabot murah tu, paling penat bab angkat-mengangkat almarj besi. Berat wei!

Perabot asrama terpakai tu masih baik tau! ED beli 3 almari besi utk rumah baharu dan beberapa perabot lagi untuk rumah mak. Pukul 12.00 malam semalam baru selesai menurunkan perabot2 ni. Macam ni la rasanya jadi pemandu lori perabot kan? Serius, penat.. Udada Ubabye!!



ED: penat tapi berbaloi

1 ulasan:

  1. salam ED, macam mana nak dapatkan maklumat berkenaan pembelian perabot terpakai UTM...saya mencari

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi