Ahad, 10 Julai 2016

(Syawal TV3) Sinopsis telemovie Kau, Aku, Kita Raya

Hai, berikut sinopsis telemovie Kau, Aku, Kita Raya.

Lakonan utama Saharul Ridzwan dan Janna Nick

Sinopsis:

Sambungan daripada drama siri Kau, Aku, Kita. Cerita bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus. Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung. 

Sumber: Galaksi Media

Saksikan telemovie ini pada Isnin 11 Julai 2016, pukul 10 malam di TV3. Udada Ubabye!!
ED: ditunggu ramai ni..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi