Rabu, 14 September 2016

(Sembang) 5 perbezaan trend drama Melayu dulu dan sekarang

Hai, peredaran masa mengubah trend penonton menonton drama Melayu pada masa kini. Daripada pemerhatian ED, inilah 5  perbezaan trend drama Melayu dulu dan sekarang.

Gambar hiasan.
Drama Love You Mr. Arrogant merupakan drama adaptasi novel kesukaan ramai.


1. Drama adaptasi novel
Dulu: tidak trend zaman drama adaptasi novel. ED start tahu drama adaptasi novel ni daripada drama Nora Elena TV3. Penonton terima seadanya drama2 yang ada pada masa itu.

Sekarang: drama adaptasi novel tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

2. Hero dan heroin
Dulu: penonton terima seadanya pemilihan pelakon yang ada dalam sesebuah drama.

Sekarang: penonton sangat teruja nak tahu siapa hero dan heroin, lebih2 lagi drama adaptasi novel. Kalau ada drama baharu, mesti ramai yang nak tahu hero dan heroinnya.

3. Pelakon kayu
Dulu: ED tak pernah dengar istilah pelakon kayu pada zaman dulu walaupun pelakon baharu.

Sekarang: Banyak isu pelakon baharu kayu (kaku) yang diperkatakan penonton.

4. Jalan cerita
Dulu: ingat lagi tak drama Pendekar, Cili Padi, Opah, Cok Cok Kendong dan banyak lagi? Zaman dulu banyak variasi drama yang berunsurkan kekeluargaan.

Sekarang: Banyak tema cinta. 

5. Heroin bertudung dan tiada babak bersentuhan
Dulu: isu ni macam tidak pernah ditimbulkan.

Sekarang: penonton lebih suka jika drama Melayu, heroinnya bertudung dan tiada babak bersentuhan. (Baguslah)

Ada trend yang positif dan ada trend yang buat penonton tidak selesa. Apa pun, remote TV anda, pilihan menonton TV di tangan anda. Tak suka, tak payah tengok sesebuah drama itu. Udada Ubabye!!



ED: sembang suka-suka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi