Semalam Hari Sukan di sekolah ED. Disebabkan masa yang suntuk, ED mencadangkan rumah sukan ED guna tema perbarisan Nasi Lemak Anak Dara. Ringkas dan mudah nak siapkan. Nak tahu bagaimana hasil tema perbarisan Nasi Lemak Anak Dara? Tengok ni..
Maskot, ED hanya guna murid perempuan bawa bakul berisi nasi lemak. Konon2, penjual nasi lemak keliling kampung. Nama maskot ED namanya Dara. Hehehe.. Inspirasi memang daripada kisah viral penjual nasi lemak anak dara.
Manakala, setiap peserta hanya menggunakan kain pelikat atau kain batik dan berjalan sambil membawa sebungkus nasi lemak. Konon2 mereka pembeli nasi lemak. Hehehe..
Ada sedikit gimik perbarisan iaitu maskot dan pembawa sepanduk keluar untuk memberikan sebungkus nasi lemak kepaa perasmi. Waktu ni, kejutan sebab dalam raptai takde buat gimik ni. Hehehe..
Guru besar pun dapat nasi lemak. Hahaha, waktu ni ramai penonton dan guru terkejut dan ketawa sebab tak pernah lagi dibuat orang perbarisan macam ni.
Nah, ada sedikit video semalam. Waktu video ni dirakam, ada seorang murid muntah pulak.
Inilah team perbarisan rumah merah semalam. Mereka memang sporting!
Alhamdulillah, perbarisan rumah merah berjalan seperti yang dirancang. Walaupun tak menang, ED berpuas hati kerana dapat menghiburkan orang ramai. Udada Ubabye!!
ED: best2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan