KJH TAWAN BATU KAWAN!
Pulau Pinang, 29 & 30 September 2018 – Karnival Jom Heboh (KJH), sebuah platform untuk berinteraksi dengan penonton-penonton setia TV3 dengan lebih dekat dan terbuka telah kembali. Kali ini, siri jelajah KJH yang kedua untuk edisi tahun 2018 berlangsung pada hari ini dan esok di Pekarangan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Selain bertujuan mendekatkan para pengunjung dengan TV3, KJH ditunjangi oleh beberapa booth utama seperti Bananana! Land, Raudhah, Drama Sangat, Gelanggang #KitaJuara dan lain-lain lagi yang menawarkan pelbagai tawaran serta aktiviti menarik khas untuk riadah seisi keluarga. Bagi pengunjung yang hadir sejak awal pagi, mereka berpeluang untuk bertemu dengan barisan personaliti TV3 seperti Ahmad Fedtri Yahya,Hazrena Kassim, Fiza Sabjahan, Anim Ezati, dan Hanif Miswan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Karnival Jom Heboh merupakan acara padang terbesar TV3 dan sentiasa mendapat tempat di hati penonton setia rangkaian televisyen Media Prima Berhad. Istimewanya kali ini, para pengunjung yang hadir boleh berhibur bersama keluarga sambil melakukan kerja amal, dengan membeli barangan lelong daripada barisan selebriti menerusi aktiviti Lelongan Amal Tabung Bersamamu. Aktiviti ini berlangsung pada hari Ahad, dan segala hasil jualan akan disalurkan terus ke Tabung Bersamamu.
Booth-booth utama Karnival Jom Heboh
Banana! Land
Booth-booth utama menjadi tarikan utama setiap kali KJH dianjurkan. Kesemua booth ini mula dibuka kepada pengunjung seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam. Booth Bananana! Land yang sememangnya akan menjadi pilihan kanak-kanak menampilkan Harris Alif, Erynne Erynna, Aliff Yasraff dan Shah Sulaiman sambil melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti mewarna, mempelajari seni reka dan berpeluang untuk bergambar bersama maskot Boboiboy dan juga Ejen Ali!.
Raudhah
Booth Raudhah yang berkonsepkan Islamik dan menyediakan pengisian kerohahian pula membariskan Da’i Fahmi, Da’i Amirul, Da’i Hadhari, Da’i Luqman, Da’i Hafiz, Da’i Afiqah, Ustaz Jafri dan Zul Handy Black.
Antara tarikan utama booth ini adalah sesi kongsi bersama Zul Handy Black, di mana beliau akan berkongsi kisah dan pengalaman hijrah beliau selepas menerima hidayah untuk mendekatkan diri lagi dengan Allah S.W.T., walaupun beliau masih bergelar anak seni.
Drama Sangat
Bagi mereka yang gemar menonton drama-drama di TV3, boleh kunjungi booth Drama Sangat untuk bertemu barisan pelakon popular seperti Daler Yusof, Julia Farhana dan Chazynash. Selain itu, mereka yang suka berdandan dan memasak boleh menyertai sesi makeup tutorial untuk mendapatkan tips-tips solekan, dan belajar resipi-resipi mudah menerusi demo masakan oleh Cef Naem.
Bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik, booth ini juga akan menjalankan aktiviti Lelongan Amal Tabung Bersamamu pada hari Ahad, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Selebriti yang hadir akan melelong barangan mereka dan hasil jualan akan terus disumbangkan ke Tabung Bersamamu.
Gelanggang #KitaJuara
Peminat tegar bola sepak boleh mengunjungi gelanggang #KitaJuara yang turut menampilkan Faiz Tapaw, Idlan Bahrin, dan Eqbal Rahim. Pada hari Sabtu, kanak-kanak dan remaja yang berminat untuk belajar mengenai sukan bola sepak freestyle dijemput untuk menghadiri Akademi Freestyle oleh freestyler Kita Juara pada pukul 4.30 petang selama satu jam. Masuk adalah percuma! Perlawanan Street Soccer 3 lawan 3 Kita Juara pula diadakan keesokan hari bermula pukul 9.00 pagi, manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 6.30 petang.
Di samping itu, mereka yang ingin membeli barangan cenderahati daripada Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, TV9), Bananana!, dan Ejen Ali boleh mendapatkannya di booth Wow Bag.
Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Bazar Selebriti yang disertai oleh Zul Huzaimy, XPDC, Nadya Shaheera, Syed Ali, Janna Nick, Taleeb Mizad dan Shah Tapaw. Para selebriti ini menjual pelbagai jenis produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk pengunjung KJH.
Alami gegaran dua malam berturut-turut dengan gabungan Konsert Hot Kool Jam & Konsert Jom Heboh, pada hari Sabtu dan Ahad, bermula pukul 9.00 malam. Pada hari Sabtu, Konsert Hot Kool Jam akan mempersembahkan bintang-bintang seperti Lan Solo, Hazama, Zamani Slam, One Avenue Band & Kugiran Masdo. Manakala pada malam Ahad pula, Konsert Jom Heboh menampilkan AJ Azril (Mentor Otai), Black Hanifah, Kaka Azraff, Qody (Mentor Milenia) & XPDC.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk menghadiri Konsert Hot Kool Jam dan Konsert Jom Heboh, jangan ketinggalan untuk menonton Strim LIVE secara esklusif di YouTube TV3Malaysia serta LIVE Facebook Hot FM dan Kool FM.
Rancakkan lagi perbualan mengenai KJH dengan menggunakan tanda pagar #JomHeboh2018 di laman media sosial anda! Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.
wow...
BalasPadambest...
#jmbelog