Hai, berakhir sudah drama Curi-Curi Cinta di Astro Ria. ED akan buat ulasan 10 yg menarik tentang drama ini.
Antara barisan pelakon yg memberikan kesan kpd penonton. Ibu Fauziah Nawi, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Uyaina & semua sekali.
10 yg menarik tentang drama Curi-Curi Cinta:
1. Montaj cantik. Bagi ED, montaj yg cantik penting utk tarik penonton.
2. Lagu tema Terlalu Memuja sangat kena dgn drama ni. Dengar lagu ni, teringat drama Curi-Curi Cinta.
3. Jalan cerita menarik. ED suka plot twist dalam drama ni. ED tak baca novel ni, jadi waktu tengok drama ni, ED rasa murahnya harga diri Intan untuk dapatkan suami kaya. Last2, Intan & Daniel jadi mangsa dendam Zaza.
4. Unsur2 sedih dalam drama ni ED suka. ED memang suka drama yg menyentuh perasaan. Drama ini berjaya sentuh perasaan ED. Dari part mak Intan kena halau, sampai part Daniel masuk hospital hari ini.
5. Barisan pelakon dalam drama ini membawakan watak masing2 dgn cemerlang sekali. Mereka buat penonton geram, simpati, gembira, kelakar & juga menangis. Lakonan mereka berjaya tawan hati penonton.
6. Drama ini juga best sebab team produksi bertungkus-lumus mempersembahkan drama ini dgn sebaik mungkin. Setiap kali penghujung episod, mesti ada babak yg buat penonton tak sabar nak tengok episod seterusnya.
7. Penggambaran drama ini pun cantik walaupun di rumah setinggan.
8. Lagu latar yg digunakan dalam drama ini best.
9. Drama ini ada keseimbangan. Bukanlah sedih memanjang. Diselitkan juga unsur romantis, hiburan, kegembiraan & ilmu agama. Banyak pengajaran drama ni.
10. Akhir sekali, drama ini memang terbaik kerana pelakonnya terbaik, penulis skripnya terbaik, penulis novelnya terbaik, pengarahnya terbaik & team produksinya terbaik. Tahniah!
ED memang suka apabila drama ini digelar drama Nombor 1 di Malaysia kerana memang selayaknya. Ini pendapat peribadi ED yg tidak membaca novel drama ini. Udada Ubabye!!
Memang terbaikkk ๐๐๐ Dri crita novelnya smpai dramanyaaa wayang ni hidup sngt๐
BalasPadamTerbaikk๐
BalasPadam