Tahniah RTM kerana mempersembahkan telefilem hebat, Sesekali di TV2 semalam. Telefilem ini adaptasi daripada buku kumpulan puisi DBP. ED akan ulas tentang telefilem ini...
Lakonan Beto Kusyairi, Azhan Rani & ramai lagi. Serius, walaupun pelakonnya sikit tetapi impak lakonan mereka besar.
Telefilem Sesekali menceritakan tentang pengorbanan ayah membesarkan anak tanpa kehadiran isteri. Amrin (Beto Kusyairi) sanggup menipu anaknya Kemboja tentang pekerjaannya supaya Kemboja tidak malu di sekolah. Amrin menjual belon & memakai kostum beruang utk menyara anaknya Kemboja. Selepas rahsianya terbongkar, Kemboja lagi sayang kpd Amrin sehinggalah Kemboja dilanggar oleh Azhan Rani. Kemboja meninggal dunia.
Sementara itu, Azhan Rani juga berperanan sebagai ayah angkat kpd Yudi. Azhan Rani dalam cerita ini seorang perompak tetapi dia merompak untuk pembedahan mata Yudi. Selepas Azhan Rani melanggar Kemboja, dia dipenjarakan seumur hidup.
ED suka cerita ini sebab mengisahkan kegigihan seorang ayah tunggal yg hidup dalam kesederhanaan. Kisah ini juga dekat dgn kehidupan masyarakat. Yang paling ED suka, jalan cerita Sesekali ini sedih. Pokoknya, cerita ini terbaik! Tak sangka cerita daripada buku kumpulan puisi boleh jadi seindah ini.
Tahniah untuk team produksi telefilem Sesekali. Udada Ubabye!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan