Selasa, 17 September 2019

(Sembang) Penonton Malaysia dilanda demam drama Turki?

Selepas tamat drama Turki Destiny Ties semalam, ramai penonton di Malaysia mahu menonton drama Turki lagi. Sayangnya, hari ini slot Sonia TV3 menghidangkan drama Hindi, Chandra Nandini. Ramai yang masih mahu menonton drama Turki lagi.

Antara komen yg ED terima di media sosial EDtv ialah drama Turki menarik ditonton kerana:

1. Mengisahkan tentang kekeluargaan.
2. Telus.
3. Banyak berkisahkan tentang kegigihan manusia untuk meneruskan hidup.
4. Jalan cerita yg realistik, bukan asyik jalan cerita orang kaya kahwin dengan orang miskin, kahwin dua dan sebagainya.
5. Kebanyakan pelakon Turki memberikan lakonan yang berkesan & melekat di jiwa penonton.
6. Lagu latar drama Turki tersendiri & best.
7. Make up pelakon tak tebal. Hehehe...
8. Wajah pelakon Turki yg sedap mata memandang.

ED lampirkan pelakon drama Turki terkini yg dramanya sedang tayang di Turki.

Caglar Ertuğrul & Burcu Özbek.

Drama mereka Afili Ask.

ED belum tengok lagi drama mereka secara online.

Ramai pelakon Turki yg berpendidikan tinggi di sana. Ada juga yang mempunyai ijazah dalam bidang seni persembahan teater.

Tahniah TV2 kerana esok masih menayangkan lagi drama Turki terbaharu, Forever Bound. Korang support la drama Turki sebab kalau banyak permintaan, stesen tv akan terus menayangkan drama Turki.

Udada Ubabye!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi