Selasa, 22 Disember 2020

(Sembang) Ramai cadang Mimi Lana sebagai Noorkumalasari

Inilah hasil keputusan undian di EDtv tentang pelakon yang sesuai membawa watak sebagai Noorkumalasari dalam drama biografi Inilah Noor.

Ramai yang cadang nama Mimi Lana sebagai Noorkumalasari. Mungkin figura Mimi Lana paling hampir dengan Noorkumalasari dari segi kurus, tinggi lampai dan bermata tajam.

Drama Biografi Noorkumalasari, Inilah Noor akan datang di TV3 tahun depan.

Nama kedua tertinggi yang dicadangkan ialah Siti Elizad dan yang ketiga ialah Maya Karin. Kita tengok nanti Zeel Productions pilih siapa? Nantikan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi