Sabtu, 31 Disember 2022

(Ulasan) Telefilem Syurga di Hati Rahmah, sedihnya...

 Baru je selesai telefilem Syurga di Hati Rahmah di TV1. Sedih kan tengok ending telefilem tersebut?

Husna Mustaffa sebagai Rahmah. Lakonannya lembut dan menyentuh emosi penonton.


Sinopsis:
Rahmah berkahwin dengan suaminya kerana mahu nenjaga hati emak mertuanya yang telah lama dia kenal. Selepas berkahwin, Rahmah dikasari dan diabaikan oleh suaminya. Sehinggalah Rahmah meninggal dunia, dia tidak pernah membuka aib suaminya kepada sesiapa. Suami Rahmah menangis dan menyesal selepas menonton video-video di telefon pintar Rahmah.

Ulasan:
Walaupun jalan ceritanya tentang berkahwin kerana ingin menjaga hati orang tua, tetapi watak Rahmah yang terlalu baik sehinggalah ke akhir hayatnya menjadikan cerita ini lain sedikit. Part ending tu yang menyentuh hati penonton. Tahniah kepada para pelakon kerana membawakan watak dengan baik.

Penilaian:
7/10 bintang.

(Eksklusif) Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv 2022

Assalamualaikum. Sempena hari terakhir dalam tahun 2022 pada hari ini, ED senaraikan balik 10 buah drama yang ED suka tonton pada tahun ini. Kedudukan drama yang ED senaraikan berdasarkan drama yang paling ED suka tonton. Dah bersedia nak tahu? Ayuh!

ED bagi teaser dahulu... Cuba teka drama nombor 1 yang paling ED suka?

10) Drama Kerana Dia Suka di slot Lestary TV3. ED masih ingat lagi ending drama ni, majlis kahwinnya macam real. Gah sangat!

9) Drama Juliet di slot Widuri TV1. Vibes drama ini ala-ala telenovela latin.

8) Drama Sayang Tak Dikenang di slot Akasia TV3. Drama ini tentang dendam seorang lelaki kepada dua orang perempuan yang pernah menyakiti adiknya.

7) Drama Sentuhan Najwa di slot Lestary TV3. Drama tentang pembawa HIV ini memang patut ditonton sebab jarang-jarang ada jalan cerita macam ni...

6) Drama Khilaf Asmara di slot Samarinda TV3 bulan Ramadan. Fattah Amin jadi watak antagonis dalam drama ini. Drama tentang kakak yang bermain cinta dengan adik iparnya.

5) Drama Aku Yang Merinduimu di slot Widuri TV1. Drama ini tentang sebaik-baik perempuan yang diuji dengan hawa nafsunya sendiri. Sedih drama ni...

4) Drama Risik Pada Hati di slot Akasia TV3. Drama ini tentang pengorbanan isteri yang rela bermadu asalkan suaminya dapat anak. Hujung-hujung, isteri pertama minta cerai. Rasanya drama kesukaan rakyat Malaysia pada tahun ini. 

3) Drama Melur Untuk Firdaus di slot Lestary TV3. Drama ini fenomena kerana chemistry lakonan Anna Jobling dan Merqeen. Jalan ceritanya pun best tentang isteri yang tidak putus asa menambat hati suami yang pada awalnya suaminya dipaksa kahwin.

2) Drama Rindu Kasih di slot Samarinda TV3. Sedihnya lahai drama ini. Lebih-lebih lagi heroin drama ini ialah Ummi Nazeera, memang tersentuh hati penonton dibuatnya. Drama ini tentang kisah anak yang sanggup masuk penjara untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

Dan juara....


1) Drama Derhaka Cinta Jebat di slot Widuri TV1. ED suka betul tengok drama ini sehinggakan ED letak sebuah tv di dapur sebab tak nak miss tengok drama ni (kadang2 ED masak pada waktu petang). Jalan cerita drama ini rasanya biasa tetapi lakonan Datin Elvina dan Azlee Khairi luar biasa dalam drama ini. Drama ini tentang lelaki yang berkahwin dengan seorang perempuan kerana dendam pada mulanya tetapi hujungnya bertukar menjadi cinta.

Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv pada tahun 2022 ialah carta tentang drama yang ED suka tonton. Bukannya drama terbaik di Malaysia pada tahun ini. Jadi, jangan tanya kenapa drama ini tak ada, drama itu tiada dalam carta? Satu lagi carta ini adalah carta suka-suka ED di blog ini. Tiada kaitan dengan apapun.

Selamat tahun baharu 2023 dan Insya-Allah kita jumpa lagi di carta Top 10 drama 2023 pula.

Jumaat, 30 Disember 2022

(Muzik) Lagu Kamu Cantik Malam Ini nyanyian Zali Rusli

Saya tak kisah jika orang nak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli” – itulah ayat yang diugkapkan oleh pemilik nama Zali Rusli - 17 tahun, apabila dikaitkan dengan nama abang beliau Haqiem Rusli

“Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri” – tambah Zali.

Zali Rusli


tahun lalu sewaktu dunia dilanda Covid, penyanyi Zali Rusli telah melancarkan single pertama beliau berjudul Pewangi ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu. Namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana lagu tersebut seolah-olah tidak berjaya melonjakkan nama dan bakat beliau kerana segala pergerakan aktiviti promosi sangat terbatas.



Terbaru Zali Rusli muncul sekali lagi dengan single ke-2 beliau yang juga mempertaruhkan lagu ciptaan Haqiem dan Zali sendiriBila ditanya kenapa tidak menyanyikan lagu pencipta lain, Zali berkata, 


"Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagu ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan daripada pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang, saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lainTapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem."


Zali yakin kerana lagu bergenre balada seperti ini mudah diterima dan lekat di hati pendengarTambahnya lagi, “jika dilihat situasi sekarangramai pendengar sukakan lagu-lagu jiwang balada era 90an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.



Ditanya mengapa Zali tidak mengikut jejak rakan artis senior di FMC Music lain yang rata-rata merakamkan semula lagu popular lama, beliau berkata “ menurut saya biarlah mereka sahaja buat dulusaya nanti dulu. Kerana saya yakin jika kita  boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengarKenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan? “



Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru-baru ini Zali berkata beliau sangat teruja“Ya, pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina RaisahDia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramahHati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa Wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah, “ kata Zali sambil berseloroh.


Kamu Cantik Malam Ini – akan dilancarkan di semua platform digital termasuk muzik video rasmi lagu ini turut dilancarkan di saluran Youtube FMC Music jam 8  malam (29 Disember 2022).


Video klip Kamu Cantik Malam Ini.

Zali berharap semoga Kamu Cantik Malam ini diterima pendegar. “Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikatakan menumpang populariti abang saya. Moga anda semua menerima dan suka dengan lagu saya kali ini” .

 

Khamis, 29 Disember 2022

(Drama Baharu) Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, akan datang...

 Assalamualaikum. Panjang tajuk drama baharu ni, Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Akan datang di slot Akasia TV3 2023.

Lakonan Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz sebagai pelakon utama.

Drama ini terbitan Nuansa Filem (penerbitnya Osman Ali). Biasanya kalau drama Osman Ali best! Nantikan ye...

Rabu, 28 Disember 2022

(Drama Baharu) Drama Kerana Cinta Itu Ada di AkasiaTV3

 Assalamualaikum. Hari ini bermulanya drama baharu di slot Akasia TV3 yang bertajuk Kerana Cinta Itu Ada. Drama ini adaptasi novel karya Sophilea.

Lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali.

Di Instagram Nabila Razali ada berkongsi gambar beliau bersama Aedy Ashraf untul penggambaran poster drama ini.



Gambar-gambar di Instagram Nabila Razali mesti cantik-cantik hasilnya.

Saksikan drama ini setiap hari pukul 7 malam dan selamat menonton!

Selasa, 27 Disember 2022

(Sembang) Drama Ramadan pukul 10 malam 2023

Assalamualaikum. Persaingan sengit antara dua stesen televisyen ni untuk drama Ramadan pukul 10 malam pada tahun hadapan.

TV3 akan menayangkan drama Sekali Aku Bahagia manakala Astro Ria akan menayangkan drama Andai Itu Takdirnya.

Yang mana satu pilihan penonton pada tahun hadapan? Inilah yang dinamakan persaingan sihat. Bersaing memberikan yang terbaik kepada penonton.

(Drama Baharu) Drama Sekali Aku Bahagia, akan datang...

Assalamualaikum. TV3 mempertaruhkan drama hebat pada bulan Ramadan tahun 2023. Ini drama baharu untuk bulan Ramadan nanti... 

Drama Sekali Aku Bahagia lakonan mantap Ummi Nazeera, Nabila Huda, Azhan Rani dan Keith Foo serta ramai lagi.

Drama ini terbitan Mache All Star dan pengarahnya Pali Yahaya (pengarah drama Rindu Kasih). ED tak dapat bayangkan hasil drama ini nanti. Mesti wow kan? Nantikan di slot Samarinda Ramadan 2023.
 

Isnin, 26 Disember 2022

(Update) EDtv kini berwajah baharu sempena 2023

Assalamualaikum. EDtv kini berwajah baharu sempena 2023.

Tema warna EDtv pada tahun 2023 adalah jingga.

Logo EDtv 2023

EDtv 2022, tema warnanya hijau.

EDtv 2023, tema warnanya jingga.

Terima kasih kepada semua yang follow EDtv dari dulu hingga sekarang.
 

Jumaat, 23 Disember 2022

(Update) Hannah Delisha ganti Nad Zainal dalam drama Andai Itu Takdirnya

 Kemaskini terbaharu tentang drama Andai Itu Takdirnya...

Hannah Delisha akan menggantikan Nad Zainal sebagai Aleya.

Nantikan drama adaptasi novel popular ini pada bulan Ramadan nanti. Katanya sedih giler drama ni...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi