Isnin, 22 April 2024

(Update) 'MISI MENCARI CALON ISTERI' BAKAL MENYERIKAN HUJUNG MINGGU ANDA DALAM RESTU

KUALA LUMPUR, 23 April 2024: Suasana Syawal masih lagi terasa dan untuk meneruskan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, platform penstriman terkemuka Asia, iQIYI (disebut ai-chi-yi) mempersembahkan sebuah drama bersiri terbaharu keluarannya yang berjudul ‘RESTU’ yang bakal ditayangkan bermula 26 April 2024 ini pada jam 9:00 malam.


Drama bersiri 10 episod ini dibintangi oleh oleh barisan pelakon handalan seperti Remy Ishak, Wana Ali, Siti Elizad, Elizabeth Tan, Puteri Rafasya dan ramai lagi, hasil terbitan bersama syarikat produksi, Infinitus Production dan diarahkan oleh pengarah terkenal tanah air, Heykal Hanafiah.

Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, En. Jony Deng berkata, “Selepas kejayaan Rampas Cintaku 2 yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Erra Fazira, kami bakal melancarkan drama bersiri terbaharu berjudul RESTU untuk memenuhi permintaan penonton
yang semakin meningkat. Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahukan semua platform penstriman di Malaysia menghasilkan sejumlah kandungan asli yang berkualiti tinggi serta membawa pesanan dan teladan yang baik”.

“Selain itu, kami sedang bekerja keras mengendalikan beberapa projek Original iQIYI yang kini sedang dalam pelbagai peringkat seperti pembangunan skrip, penggambaran dan pasca-produksi dan ini bakal memeriahkan lagi industri hiburan di Malaysia,” tambahnya lagi.
Setelah kejayaan luar biasa drama bersiri ‘Rampas Cintaku 1 & 2’ dengan jumlah melebihi 100 juta tontonan digital di seluruh dunia, iQIYI kini terus menyajikan drama bersiri RESTU yang merupakan diantara 12 drama yang bakal mewarnai tahun 2024.

Drama RESTU menceritakan tentang watak utamanya iaitu Razak (lakonan Remy Ishak), seorang ayah tunggal yang berdepan cabaran dan dilema hidup dalam membesarkan anak perempuannya, Amy (lakonan Puteri Rafasya) setelah kematian isterinya, Julia. Hal ini menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mencari pengganti hidup tetapi, anaknya
meletakkan tiga syarat yang perlu dipenuhi. Siapakah calon bakal isteri Razak yang mendapat ‘restu’ dari Amy? Apakah pula syarat-syarat yang diletakkan oleh puteri hati Razak? Semuanya bakal terungkai dalam Projek drama Original iQIYI ini mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

“Sepanjang dua tahun ini, kami melakukan pelbagai perbincangan dari aspek jalan cerita, watak, genre dan strategi pemasaran yang terbaik bagi drama ini agar ia menepati citarasa
masyarakat tempatan.”

“Kami juga sangat teliti dalam pemilihan para pelakon kerana ia melibatkan pelbagai pihak. Kami tidak hanya fokus pada aspek populariti sahaja, namun lebih kepada bakat versatile yang
dimiliki oleh setiap pelakon demi mencapai objektif iQIYI dalam menghasilkan produk-produkber kualiti buat penonton semua,” tambah En. Jony lagi.

Tayangan perdana episod pertama drama RESTU adalah pada 26 April 2024, bersamaan minggu kedua Hari Raya dimana ianya boleh ditonton secara percuma di aplikasi iQIYI atau
laman web www.iQ.com/local. Untuk episod baru seterusnya pula, penonton boleh membuat langganan akses VIP dan terus menonton apabila ianya tersedia, namun episod baru tersebut
boleh ditonton secara percuma 48 jam kemudian.

iQIYI meletakkan harapan agar drama ini dapat diterima ramai sekaligus mendapat ‘Restu’ dari penonton. “Semoga drama bersiri ini mempamerkan kemahiran kreatif tenaga produksi dan juga bakat anak seni tempatan ke peringkat dunia.”

“Kami mensasarkan RESTU menjadi jambatan penghubung antara penonton di serata dunia dalam merasai sendiri keunikan budaya dan kepelbagaian naratif yang terdapat di Malaysia,
serta memberi nikmat hiburan buat penonton disamping mencipta lebih peluang baharu dalam mempelbagaikan lagi kandungan digital tempatan,” tambahnya.

Muat turun aplikasi iQIYI di Apple App Store atau Google Play Store sekarang, taip RESTU di ruang carian, kemudian terus klik ‘Pesan’ untuk mendapatkan peringatan awal atau strim Restu
di iQIYI, hanya RM9.90 sebulan dengan Super Streamer Pass Hotlink, tontonan HD tanpa gangguan iklan!

Jangan lupa temujanji anda bersama drama RESTU bermula 26 April 2024, pada jam 9:00 malam (setiap Jumaat & Sabtu) yang menjanjikan sebuah pengalaman menarik dengan aspek
kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi