Kuala Lumpur, 5 Disember 2025 - Keluarga Itu sekali lagi mengangkat martabat drama TV3 apabila dinobatkan sebagai Drama Melayu No. 1 tahun ini, selain berjaya menembusi senarai carian paling tular (top trending) dalam Google Trends 2025 di Malaysia bagi kategori drama dengan tangga No. 7 keseluruhan. Pencapaian ini membuktikan TV3 masih menjadi pilihan utama penonton, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam arena drama Melayu yang sentiasa selangkah di hadapan.
Keunggulan drama ini terserlah melalui sentuhan seni dan arahan penuh ketelitian Erma Fatima, yang hadir dengan penceritaan yang benar-benar menyentuh hati. Barisan pelakonnya seperti Dato’ Rosyam Nor, Datin Sri Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah, MuazZabir, Duerra Mitilda & Melissa Campbell tampil begitu meyakinkan sehingga setiap babak terasa hidup, dengan konflik, kasih sayang dan emosi yang disampaikan secara natural. Disebabkan itulah penonton tidak putus-putus memuji di media sosial, ada yang menyifatkannya sebagai “drama paling real tahun ini,” “keserasian pelakon luar biasa” dan “setiap episod meninggalkan kesan mendalam.”
Menariknya, Keluarga Itu turut menonjol melalui watak lakonan Dato’ Rosyam Nor, yang muncul sebagai antara elemen paling mencuri perhatian dalam drama tersebut. Lakonannya yang begitu mantap mencetuskan pelbagai reaksi, terutamanya rasa “geram,” yang memperlihatkan betapa kuatnya impak penceritaan sehingga penonton benar-benar tenggelam dalam konflik watak yang dibawakan.
Fenomena Keluarga Itu membuktikan bahawa TV3 bukan sekadar menghasilkan drama, tetapi mencipta karya yang membentuk budaya serta perbualan rakyat. Dengan pujian berterusan dan momentum digital yang mengagumkan, TV3 sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai rumah drama paling berpengaruh di Malaysia, terus memimpin, mencabar norma dan mendominasi nadi hiburan negara.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan