Isnin, 31 Januari 2011

Jom kreatif di musim hujan!

Hai, bagaimana keadaan anda? ED di sini kesejukan sebab hujan nak masuk 3 hari tak berhenti2 di JB. Bercerita pasal hujan, topik hari ini ialah hujan & cara kreatif memanfaatkan air hujan yang turun. Penasaran? Jom baca blog ini..

 Tajuk: Hujan


Definisi hujan

Hujan adalah titisan air yang gugur dari atmosfera ke permukaan setelah mengalami proses pemeluwapan ( Rosliza, 1997).  Menurut Shaharuddin (2001), hujan adalah kerpasan dalam bentuk titikan cecair yang berasal daripada awan, namun bukan semua awan menghasilkan hujan.  Saiz hujan yang turun ke permukaan bumi bergantung pada dua faktor penting iaitu jumlah sejatan yang dialami oleh titikan semasa ia jatuh dan kesan geseran udara ke atas titikan yang jatuh.



Proses hujan perolakan

Gambarajah proses hujan perolakan




 Sumber: Chan Foi Onn & Mohd Ekhwan, 2004.

Pemanasan muka bumi oleh matahari pada permulaannya hanya menjadi suatu kesan penggerak umtuk membolehkan udara naik ke atas dengan spontan.  Udara panas dan wap air semakin naik dan disejukkan dengan kadar adiabatik kering (setiap 100m disejukkan sebanyak 1°C).  Apabila semakin ke atas, jumlah wap air semakin bertambah dan apabila wap air bertukar kepada air (proses pemeluwapan) haba pendam dibebaskan dan ini akan melambatkan proses penyejukan dengan kadar adiabatik lembap, iaitu setiap 100m suhu turun sebanyak 0.3 hingga 0.9°C sahaja.

 Kenaikan udara seterusnya, dibekalkan tenaga dari haba pendam yang dilepaskan apabila pemeluwapan berlaku untuk membentuk awan kumulonimbus.  Bagi setiap gram air yang terjadi dari wap air, 600 kalori haba dibebaskan.  Pada satu paras tertentu, apabila hampir semua wap air ditukarkan kepada air hujan dan haba pendam tidak dibebaskan lagi, udara ini hilang tenaga untuk naik lalu berhenti dan suhu udara yang tidak bergerak naik lagi adalah sama dengan suhu sekelilingnya.  Pada titik ini, udara yang berhenti naik dikatakan dalam keadaan stabil lalu mulai menurun semula ke permukaan bumi.

            Hujan yang dihasilkan oleh tindakan perolakan ini adalah dalam bentuk hujan lebat kerana ia memerlukan suatu pergerakan menegak udara panas yang lembap dan dengan itu ia akan mengalami proses penyejukan yang amat cepat (Shaharuddin & Mastura, 1999).  


Bagaimana maklumat di atas? ED copy paste nota ni dari assignment ED masa belajar kat UKM. Assignment ni hasil kerja berkumpulan. Kumpulan ED dianggotai oleh Muzaidi, Farasuhada, Azura dan Hazizuryati. Kalau korang ada baca blog ni, mesti korang akan ingat balik bagaimana bekerjasama dengan ED kan? Kenangannya zaman U dulu. 

Kenangan pelajar geografi UKM sesi 2005-2008 (lokasi: Pulau Kapas, Terengganu)


Cara kreatif memanfaatkan 
air hujan yang turun:
  • Belilah tempayan dan letakkan di bawah bumbung rumah. Air hujan yang terkumpul tu boleh digunakan untuk basuh kaki, basuh kereta dan lain-lain lagi. ED jarang nampak tempayan di bandar-bandar ni..


tempayan

  • Bagi yang banyak duit, anda boleh buat tangki air hujan di atas bumbung. Fungsi sama juga, air hujan yang terkumpul tu boleh buat kegunaan domestik.. So, jimat air.
tangki air hujan (kredit gambar ideakreatifneural.blogspot.com)

Sebenarnya 2 cara di atas telah ada dilakukan di kawasan kampung. Di kawasan bandar, jarang-jarang jumpa. Padahal, haba yang paling tinggi di kawasan bandar & kos hidup yang tinggi juga di kawasan bandar. Oleh itu, siapa yang nak berjimat di kawasan bandar, jom cuba cara ini.

Akhir kata, blog EDtv bukan sahaja berunsurkan TV (hiburan) tetapi ada unsur pendidikan juga (Education). Sebab tu tagline blog ini Education & Television. Udada Ubabye!!


ED: hujan itu rahmat Tuhan.

Ahad, 30 Januari 2011

Ala, Luna Maya Malaysia tersingkir...


Hai, selamat berhujung minggu. Malam tadi tengok Pilih Kasih tak? Rancangan Rosyam Nor yang nak cari pelakon tu. ED terkejut bila peserta kegemaran ED, Kris Cempaka disingkirkan. ED suka tengok dia dan bakat dia. Hehe.. Bagi pendapat ED, singkirkan sorang je la malam tadi (Bil Azali), bagilah peluang lagi untuk Kris Cempaka. Kris Cempaka mempunyai pakej sebagai seorang pelakon. Macam Luna Maya. Eh, bila ED mengikuti rancangan Pilih Kasih setiap minggu, ED baru perasan muka Kris Cempaka ni macam Luna Maya. Haa.. ED pun minat sangat kat Luna Maya. Walaupun dia terlibat kasus (kes) pornografi, ED tetap minat dia. Percaya atau tidak, ED ada bertanyakan kawan ED di Indonesia pasal kes Luna Maya tu. Jawapan kawan ED, video Luna Maya dan Ariel tu sukar untuk dibuktikan bahawa orang dalam video tu Luna dan Ariel. Harap2 memang Luna tak buat la perbuatan tu..

Haa, bercakap pasal mirip ni, ada 3 orang artis Malaysia lagi yang ED perasan mukanya sama macam artis luar negara. Jom kita lihat, eksklusif di blog EDtv.

1. Juliana Evans dan Julie Estelle



Mirip tak? ED rasa mirip dari segi bentuk mukanya. Juliana Evans anda dah kenal kan? ED cuma cerita sikit pasal Julia Estelle. Julia Estelle merupakan pelakon filem di Indonesia. Dia heroin dalam filem Alexandria. Kalau muka dah cantik macam dia, maka dia juga seorang model.

2. Diana Danielle dan Alexa Key


Macam mana? Mirip tak? ED cuma cerita pasal Alexa Key je la.. Budak ni penyanyi baru di Indonesia. Dia bernaung di Syarikat Republik Cinta Ahmad Dhani. Pernah dengar lagu dia? Klik video di bawah kalau nak tengok dia menyanyi.


 Bagus tak suara dia? Okela.....

3. Ziana Zain dan Jennifer Lopez


Yang ni ED tak payah ulas sangat la. Sekarang ni kan musim  rancangan American Idol 10. Jennifer Lopez merupakan juri baru bersama Steve Taylor dan Randy Jackson. Bila tengok muka Jennifer ni lama2, ada mirip la dengan Ziana Zain. Bila ED tengok cover majalah InTrend (Edisi Januari 2011), macam J-Lo la muka ZZ ni. Haha..


Okelah, ini sahaja catatan untuk hari ini. Sekarang ni musim hujan, berhati-hati ye.. Udada Ubabye!!

ED: kepada Kris Cempaka, jangan putus asa..

Sabtu, 29 Januari 2011

Astro sudah melampau?



Hai, topik  hari ini pasal Astro. Stesen TV berbayar yang ramai orang guna. ED tak guna pun.. Walaupun ED tak guna, ED nak cerita juga pasal Astro ni. Pengumuman Ahmad Dhani sebagai pengetua Akademi Fantasia 9 telah mengkagetkan (mengejutkan) majoriti rakyat Malaysia. Ye la, apa kurang bintang seni di Malaysia? ED memang tak setuju sebab industri seni kita besar & ramai lagi artis yang masyhur. ED bukan tak suka Ahmad Dhani, ED suka lagu2 Ahmad Dhani tapi dalam bab ni.. biarlah kita guna bintang-bintang tanah air kita sendiri. Walau apapun, nasi sudah menjadi bubur. Bila dah jadi bubur, kita tinggal makan dan telan je la.

 Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9

Kedua, pasal Astro First. Filem di pawagam boleh disaksikan di rumah sahaja dengan menggunakan Astro First. ED ada terbaca tentang Erma Fatima yang tidak bersetuju dengan Astro First. ED pun tak setuju juga, sebab aura filem baru itu mungkin akan hilang jika ditonton di dalam rumah. Dah macam tengok dvd kan? Lagi satu, orang kata mahal guna Astro First. Astro oh Astro, kenapa suka buat kontroversi?


Erma Fatima tidak bersetuju dengan Astro First

Daripada 2 isu Astro di atas, ED ada jawapan kenapa Astro buat macam tu. Alasan paling utama sebab duit. Mesti ada motif keuntungan jika Astro buat benda macam tu. Tapi perbuatan tu, sudah keterlaluan bagi rakyat Malaysia. Kepada Astro, please do win-win solution.. (eh terspeaking pulak, hehe...)

Akhir sekali ED nak ZZ pasal Astro la. Dah lama tak ZZ. Jom kita ZZ..


5 yang Zest pasal Astro:
  1. Rancangan Akademi Fantasia menjadi fenomena
  2. Rancangan Tom Tom Bak menjadi kegemaran kanak-kanak
  3. Drama Geng Surau menjadi buah mulut kawan2 ED
  4. Drama Halimah Jongang juga menjadi sebutan ramai (sebab kreatif)
  5. Program Sehati Berdansa juga menjadi fenomena

5 yang Zrett pasal Astro
  1. Bila hujan, Astro terganggu
  2. Banyak rancangan Astro yang memerlukan undian penonton (nak untung la tu..)
  3. Siaran ulang tayang Astro kadang2 menjemukan
  4. Bil Astro agak mahal
  5. Tak setuju Ahmad Dhani jadi pengetua bagi musim terakhir Akademi Fantasia yang ke 9.

Okelah, ini pendapat je. ED pernah pergi ke Studio Astro untuk tengok rancangan bual bicara Astro Awani. "Perspektif Kita". Astro jemput budak2 UKM untuk penuhkan studio tu (mungkin kurang sambutan rancangan tu). ED lampirkan gambar sebagai bukti ye. Udada Ubabye!! 

 ED & kawan2 bergambar di pintu depan studio penyiaran Astro
Dapat bergambar dengan tetamu khas Tan Sri Muhammad Muhd Taib (maaf gambar tak jelas)


ED: tak terbuka hati nak guna Astro sebab JB banyak siaran tv dapat.

Jumaat, 28 Januari 2011

Saya tak mahu la UJRAH PTPTN..

Hai, topik hari ini pasal Ujrah PTPTN. ED salah seorang peminjam PTPTN. Sistem Ujrah PTPTN sangat menarik dari segi promosinya, di mana peminjam hanya dikenakan 1% faedah berbanding 3% jika tidak menggunakan Ujrah. Mula2 memang ED mohon Ujrah tu. Tapi bila dah lulus, ED mula berat hati nak hantar borang jawapan sekaligus perjanjian Ujrah dengan PTPTN. Alasan paling utama, pembayaran PTPTN melalui pemotongan gaji kalau guna sistem Ujrah.



Hari ini, ED nak share cerita yang ED dapat melalui al-fikrah tentang sistem Ujrah PTPTN. Anda baca pendapat penyelidik ini & anda buat keputusan sendiri. Jom kita lihat pendapat al-fikrah tentang Ujrah PTPTN yang ada agenda tersendiri.

Dibenarkan untuk copy-paste ke mana-mana, dengan menyertakan link ke halaman ini:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Oleh: Adou_Fr

Salam,

1- Setelah meneliti dokumen PTPTN dalam sistem Ujrah, saya mempunyai beberapa perspektif seperti yang akan dibentangkan.

2- Perubahan sistem 3% kepada 1% yang dinamakan sistem Ujrah sebenarnya mempunyai helah tertentu yang harus diketahuï sebelum diisi.

3- Baki yang dikira bukan baki semasa, tetapi adalah baki pada tahun tertentu, dalam kes ini Jun 2008.

4- Perjanjian yang adil sebenarnya hendaklah menggunakan jumlah asal pinjaman seperti yang terdapat dalam perjanjian asal.

5- Menggunakan baki pada tarikh yang berlainan sebenarnya menimbulkan keraguan, contohnya apabila peminjam telah meminjam pada tahun Jun 2000 hingga Mei 2003 (selama 3 tahun).

6- Dalam kes ini, peminjam telah dikenakan kos sebanyak 3% dari tahun 2003 hingga 2008.

7- Justeru, jika pinjaman asal bernilai RM 24000, dengan dicampur dengan kos di atas (3 % x 5 tahun) akan bernilai RM 24000 + RM 3600.

8- Dengan anggapan peminjam belum lagi membayar sebarang jumlah sehingga tarikh tersebut, jumlah yang dinilai dalam perjanjian ini sebenarnya bernilai RM 27600.

9- Melaluï sistem Ujrah, peminjam akan dikenakan 1% daripada jumlah (RM 27600) ini bernilai RM 276, selama 126 bulan iaitu 10.5 tahun.

10- Justeru, peminjam akan dikenakan tambahan sebanyak RM 276 x 10.5 iaitu RM 2898.

11- Maka jumlah sebenar yang dikehendaki dibayar oleh peminjam adalah RM 27600 + RM 2898 iaitu RM 30498.

12- Maka peminjam akan membayar RM 30498 setelah meminjam sebanyak RM 24000.

13- Ini melibatkan pertambahan jumlah sebanyak RM 6498 daripada jumlah asal pinjaman, atau 27.075% daripada jumlah asal.

14- Sebenarnya, setelah dikira, sistem ini adalah satu helah bagi PTPTN mendapatkan kembali bayaran balik dengan cara potongan gaji.

15- Setelah menandatangani perjanjian sistem Ujrah ini, peminjam akan membayar secara potongan gaji tanpa boleh mengelak daripada membayar pinjaman ini.

16- Ini bermakna, keuntungan adalah kepada PTPTN, yang mengambil 27.075% daripada pinjaman asal, DAN pembayaran on-time melaluï potongan gaji.

17- Saya melihat ini sebenarnya adalah helah untuk memaksa peminjam membayar melaluï potongan gaji, dan bukan sebagai satu “ihsan” untuk mengurangkan beban peminjam.

18- Saya melihat ini adalah helah bagi memastikan peminjam yang selama ini hanya membayar RM 50 sebulan, yang entah bila akan habis membayar pinjamannya, akan membayar RM 200+ sebulan mulaï tarikh sistem Ujrah diluluskan.

19- Lebih menguntungkan pihak PTPTN, ia akan berlaku secaraclean atas topeng Syari`ah.

ألا ترون يا من وافق لهذا أنه ربا مبينا وغشا مخفيا؟

WaLlahu a`lam.

Sumber asal:
http://www.al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&p=645656#645656

Bacaan berkaitan:
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/859-ptptn-baru-berasaskan-ujrah--ulasan-saya.html

Okelah, ED cuma berkongsi maklumat sahaja. Apa2pun anda yang buat keputusan. ED tak nak la masuk Ujrah. Biarlah ED bayar ansuran bulan2 yang ED termampu. Banyak juga kalau kena potong gaji.. Huhu... Udada Ubabye!!


ED: Bayar PTPTN sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. hehe..

Rabu, 26 Januari 2011

Manusia semakin jahat daripada hantu?

Hai, hari ini ED nak kongsi tentang fenomena manusia yang berperangai jahat. Anda pilih yang mana? Kawan dengan orang yang jahat akhlak atau berkawan dengan orang yang jahat hatinya.. Melalui pengalaman ED berkawan, orang yang jahat akhlaknya masih mempunyai sisi baik dalam dirinya. Manakala ada segelintir orang yang terdidik dan cemerlang akademiknya, busuk pula hatinya. Nauzubillah... ED pelik dengan fenomena "kenapa kadang2 manusia lebih jahat daripada hantu? ED nak luahkan juga dalam blog ini.


 Tajuk: Perbezaan kejahatan 
yang dilakukan manusia dan hantu


5 kejahatan manusia yang biasa dilakukan
 Gambar hiasan
  1. Memfitnah orang lain dengan kejam dan menyebabkan mangsa tak berdaya menahan fitnah.
  2. Menghina kelemahan orang lain (seolah-olah dia sempurna sangat...)
  3. Tidak boleh tengok orang lain senang (mulalah ilmu hitam...)
  4. Menghukum kesalahan orang lain seakan-akan tiada hukum di dunia ini.
  5. Budaya sindir menyindir yang boleh menyebabkan harga diri tercemar.

5 tentang hantu yang lebih baik daripada manusia 

 Gambar Hiasan: Maya Karin jadi pontianak
  1. Hantu tak pernah mengumpat manusia
  2. Hantu tak pernah menghina manusia lain
  3. Hantu tak pernah guna ilmu hitam untuk sakitkan manusia
  4. Hantu tak pernah kacau orang yang tak bersalah
  5. Tak pernah kita dengar hantu buang anak kan?
Kadang-kadang ada orang menggunakan istilah "jahat macam hantu". Tapi persoalannya, siapa lagi jahat? Manusia yang busuk hati atau hantu? Fikir-fikirkan... Okelah malam ini ada SEEKERS jam 9 mlm di NTV7 (cerita pasal hantu tu..). Udada Ubabye!!

ED: biar buruk rupa, jangan buruk perangai...

Selasa, 25 Januari 2011

Karma untuk Fasha Sandha?

Hai, fenomena Fasha Sandha semakin gah dimana-mana. Rasanya 1 Malaysia sedang hangat bercakap pasal dia. Awal Januari pasal Fasha berbikini, nak habis bulan Januari, cerita dia putus cinta pulak. Kita sebagai masyarakat janganlah bersikap prejudis sangat. Ramai di luar sana menganggap Fasha Sandha telah menerima karma atas perbuatannya yang dikatakan sebagai "perampas". Bagi ED putus cinta adalah lumrah hidup manusia. Lebih baik putus cinta daripada putus ikatan perkahwinan.Semua ada hikmahnya. Ingat, manusia merancang tapi Tuhan yang menentukan. Komen ED terhadap kes putus cinta Fasha-Jejai adalah dah takde jodoh, nak buat macam mana? Tak payah pening2 nak fikir kenapa putus?

 Fasha Sandha

Malam ini, TV3 akan menyiarkan drama terbaru Samarinda "Samson & Delaila" lakonan Fasha Sandha. Fasha Sandha lagi.. Semakin popular la Fasha Sandha tahun 2011 ni. Okelah, walau 10 000 orang membenci Fasha, masih ada orang yang mendoakan kebahagiaan Fasha Sandha. Udada Ubabye!!


ED: Buat baik di balas baik...

Isnin, 24 Januari 2011

Fasha Sandha vs Tiz Zaqyah?


Hai, antara Tiz Zaqyah dan Fasha Sandha, siapa yang paling anda minat? Jika anda minat kedua-duanya, cerita hari ini pasal 2 artis ni. ED bukan nak cerita pasal gosip tapi nak cerita pasal drama 2 selebriti ini. Malam ini, anda dapat saksikan lakonan Tiz Zaqyah melalui drama baru TV3 iaitu "Gemilang". ED difahamkan bahawa drama ini berkisahkan tentang dunia keguruan. Memang sesuai la cerita ni ditonton oleh guru2 di Malaysia. Banyak pelakon hangat tau dalam drama ni. Lihat poster dibawah:

 Tiz Zaqyah

Mulai malam esok pula, anda akan dapat saksikan lakonan Fasha Sandha dalam drama Samarinda Terbaru "Samson dan Delaila". Fasha Sandha sekali lagi digandingkan dengan Adi Putra dalam drama ni. Melalui pembacaan ED, Fasha Sandha akan menjadi pelacur dalam drama ni. Haa.. ED tak boleh cerita lebih2, nak tahu lebih lanjut, tengoklah sendiri. Catat kat kalendar anda, Samson dan Delaila setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 mlm di TV3. ED dapat rasakan drama ni mesti Zest!!

 Fasha Sandha

Adi Putra

Dua-dua drama ni best dari segi jalan ceritanya. Sama-sama kita saksikan. Fasha Sandha dan Tiz Zaqyah ada persamaan tau. Jom kita sembang sumbang.


 Tajuk: 5 Persamaan 
Tiz Zaqyah dan Fasha Sandha
  1. Kedua-duanya cantik & ada pesona tersendiri
  2. Kedua-duanya memang berbakat melakonkan watak protagonis (baik)
  3. Kedua-duanya sama-sama seksi & sama-sama ada kontroversi
  4. Kedua-duanya pernah dikaitkan dengan mantan suami Nora Danish (Jejai)
  5. Kedua-duanya nampak ayu jika bertudung. Hehe...

Okelah, setakat ini dulu ye. Bagi ED, tv adalah salah satu wadah untuk kita belajar pasal kehidupan. Udada Ubabye!

ED: selamat drama tu ditayangkan malam, ED dapat tengok..

Ahad, 23 Januari 2011

Rumah pun boleh dibedah..


Hai, selamat berhujung minggu. ED nak berkongsi rancangan yang ED dan mak ED suka tengok di saluran Indonesia iaitu Bedah Rumah. Bedah Rumah adalah yang satu rancangan yang unik dan berbentuk kebajikan. Alangkah bestnya, jika ada rancangan sebegitu di Malaysia! Konsep rancangan tu, rumah orang-orang daif yang usang akan dirobohkan dan dibangunkan semula menjadi rumah baru yang cantik dan selesa. Pendek cerita, rumah yang uzur mesti dibedah untuk cantik semula. Mesti banyak guna kos kan? Tapi itu memang terjadi di Indonesia.

Logo racangan Bedah Rumah


Diantara rumah-rumah uzur yang menjadi sasaran untuk dibedah


Ini adalah contoh rumah sebelum dibedah (amat memprihatinkan..)


Proses pembedahan dilakukan kepada rumah tersebut 
(gambar contoh)


Selesai menjalani pembedahan rumah, inilah hasilnya. Cantik & ceria!! Operasi membedah rumah ini tidak diminta bayaran pun.. Semua percuma untuk golongan orang2 miskin. 


Tersentuh juga melihat tangisan kesyukuran orang-orang yang menderita kemiskinan apabila rumahnya mahu dibedah. 


Kesimpulannya, rancangan ni memang patut diberi pujian dan wajar dicontohi oleh negara lain. Sesiapa yang ada di Johor Bahru, anda boleh saksikan rancangan ini pada setiap hari Khamis & Jumaat jam 5 petang di RCTI Oke... Yang baik jadikan teladan.. Okelah, Udada Ubabye..


ED: Bedah rumah takpe, jangan bedah rupa sesuka hati, nanti jadi macam ni






Jumaat, 21 Januari 2011

Nyanyian siapa paling sedih?

Hai, Assalammualaikum. Perasan tak, lagu dimanakan ku cari ganti dah ramai artis yang nyanyikannya? Terkini di radio Era, lagu tersebut dinyanyikan artis secara beramai-ramai. ED suka dengar lagu tu. Persoalan hari ini, artis mana yang nyanyi lagu tu paling sedih (menusuk & mencengkam jiwa dan raga)? Jom lihat carta Top 5 berdasarkan pengamatan ED ye..


Carta Top 5:
Artis yang menyanyikan lagu
"Dimanakan Ku Cari Ganti"
dengan sedih sekali




Nombor 5: Dato Sheila Majid



Nombor 4: Liza Hanim


Nombor 3: Dato Siti Nurhaliza




Nombor 2: Aisyah
Aishah - dimanakan ku cari ganti (4shared)

 Aishah

Nombor 1: Stacy, Ning Baizura, KRU, Shahir, Dayang Nurfaizah, Ella, Azlan & Typewriters, Atilia, Jac, Vince, Bunkface dan Aizat. Fuhh, lagu nyanyian beramai-ramai ni memang menusuk kalbu lebih sikit daripada artis-artis lain. Mungkin banyak emosi kot dalam lagu ni. Jom layan..



Okelah, ini sekadar carta suka-suka sahaja. Apa-apapun lagu Dimanakan ku cari ganti memang best. Kalau zaman P. Ramlee ada Anugerah Juara Lagu, mesti lagu ni dah menang. ED akhiri dengan nyanyian lagu asal Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ye. Udada Ubabye!!




ED: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang sukar dicari ganti...

Khamis, 20 Januari 2011

Fenomena Marisol

Hai, selamat bercuti kepada anda2 yg mendapat cuti. Kepada rakan2 hindu, selamat hari Thaipusam. Cuti hari ini ED nak berehat di rumah sahaja. Hari ini, ED nak berkongsi kepada anda tentang Indonesia. Bukan nak mengata eh.. ED ingat lagi, ED suka cerita pasal lagu2 Indonesia serta sinetron2nya yang kreatif bila duduk lepak makan kat cafe Zaba dengan kawan2. Dekat maktab pun, ED masih berkongsi cerita pasal artis2 Indonesia dengan kawan2 maktab. Bagi ED, memang betullah, seni hiburan dapat mengeratkan hubungan serantau. Terbaru di blog EDtv, ED akan berkongsi pasal apa2 saja yang menarik di Indonesia dengan anda dalam slot ID "Indonesia". So, kepada rakan2 jauh yang dah lama tak berborak dengan ED, anda boleh mengetahui dunia hiburan Indonesia melalui blog ini. Lihat ikon di bawah:


Untuk edisi perdana hari ini, ED nak flashback balik rancangan2 di saluran tv Indonesia yang tak boleh ED lupa. Tahun 1999, menjadi titik permulaan ED mengikuti channel indonesia yang siarannya ada di Johor Bahru. Rumah ED cuma dapat 2 channel je iaitu RCTI dan SCTV.

Logo SCTV
Logo RCTI

Okelah, ED nak recap rancangan2 dari saluran tv Indonesia yang menjadi fenomena di kawasan rumah ED. Bukan ED je minat tengok saluran Indon, malah jiran2 pun suka.


Carta Top 5: Rancangan TV di saluran Indonesia yang fenomena 1 masa dulu


Nombor 5: Telenovella Rosalinda versi Bahasa Indonesia. Ingat lagi, Siaran SCTV yang mula2 siarkan telenovella. Pastu tahun 2001, baru Malaysia pulak siarkan drama Mexico. Drama Mexico yang mula2 disiarkan di Malaysia ialah Maria Mercedes di NTV7.


Nombor 4: Sinetron Dewi Fortuna. Sinetron yang paling banyak episodnya. Bertahun juga nak tunggu sinetron ni habis.


Nombor 3: Sinetron Ikhlas. Sinetron bulan puasa yang best.


Nombor 2: Sinetron Hikmah. ED minat Tamara Bleszynski.



Nombor 1: Telenovella "Marisol" versi Bahasa Indonesia. Telenovella ni paling panjang episodnya. 1 tahun setengah baru habis episodnya. Tak silap ditayangkan pada tahun 1999 setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi di SCTV. Lepas balik sekolah agama, ED akan terus buka tv untuk tengok Marisol. ED ingat lagi ramai orang memperkatakan kehebatan drama ni. Walaupun drama import, Marisol telah menarik minat ramai peminat Malaysia menonton siaran Indonesia.


Alamak panjang pulak catatan hari ini. Okelah, dalam blog  EDtv ini bebas dari persengketaan. Orang Indon ke, orang Malaysia ke, kita tetap serumpun. Udada Ubabye!!

ED: Dah takde lagi drama Mexico di SCTV.. Harap2 diadakan balik la..



Rabu, 19 Januari 2011

Lelaki pun ada datang bulan?


Hai, tajuk blog hari ini bukan propa. ED memang pernah tengok & dengar pasal topik ni di 8TV. Tahun lepas ED secara tak sengaja tertengok 1 rancangan ni sementara nak mencari channel yang ada cerita best. Rancangan tu berbahasa cina tapi ada sari katanya (maaf, ED tak tahu tajuk rancangan tu). ED terkejut bila rancangan tu memaparkan topik "Lelaki pun datang bulan". Menurut pengkaji cina tersebut, lelaki pun sama seperti perempuan. Lelaki ada datang bulan, tapi caranya berbeza. Anda penasaran? Maksud pengkaji tu, lelaki tidak mengeluarkan darah haid tetapi emosi lelaki semasa datang bulan sama seperti perempuan. Anda masih tak faham kan? ED terangkan secara ringkas apa yang ED faham ye..

fasa-fasa bulan

Sembang-sumbang
(bersembang dan menyumbangkan cerita)
Tajuk: Lelaki pun datang bulan
  1. Bagi pengkaji cina tersebut, manusia bertindak balas dengan pergerakan bulan di angkasa lepas. Apabila pergerakan bulan bertindak balas dengan seseorang (mungkin mengikut tarikh lahir seseorang), itu yang menyebabkan emosi seseorang berubah.
  2. Macam perempuan, mereka mempunyai kitaran haid berdasarkan peredaran bulan kan? Sama la dengan lelaki. Yang berbeza, cara datang bulan antara lelaki dan perempuan. Ingat! lelaki tidak mengeluarkan darah haid ye..
  3. Persamaan datang bulan lelaki & perempuan adalah dari segi emosi. Emosi orang yang datang bulan lazimnya akan sensitif dan cepat marah. Itu kot yang pengkaji cina mendefinisikan istilah datang bulan.
  4. Kalau sesiapa yang sensitif dan mudah marah secara tak terkawal tu, maka datang bulanlah tu.
  5. Kesimpulannya, datang bulan bagi pengkaji cina yang ED tengok kat 8TV tu, datang bulan ialah tindakbalas peredaran bulan terhadap emosi manusia.
Faham tak? Senang cerita, bila anda ada moody dan cepat nak marah orang, bulan tengah bertindakbalas dengan anda. Maka, datang bulanlah anda. Okelah, udada ubabye!!

ED: sekadar berkongsi, bukan mencari kontroversi.. Maaf kalau maklumat tak jelas, ED pun ingat2 lupa.

Selasa, 18 Januari 2011

10 sebab guru merotan murid..

Hai, nampak tak ikon di atas ni? daripada ikon ni, para pembaca dapat tahu yang ED akan cerita pasal sekolah. Topik hari ini sangat menarik jika dibaca oleh ibu dan bapa yang ada anak2 bersekolah. Kenapa guru merotan murid? Kenapa cikgu pukul anak saya? Itu yang ED akan jawab berdasarkan pengalaman ED yang bertugas sebagai guru (baru setahun jagung). Hehehe.. Tak kisahlah berapa tahun pun, yang penting persoalan "Kenapa guru merotan murid?" harus dirungkai. ED nak ingatkan bahawa tiada guru yang mahu merotan murid sesuka hati. Tidak ada!! Niat guru menjatuhkan hukuman kepada murid hanyalah untuk memperbetulkan apa yang salah dan mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan yang berguna. Jom lihat 10 sebab kenapa guru merotan murid (berdasarkan pemerhatian ED secara rambang).


gambar hiasan
10 sebab guru merotan murid:
  1. Murid yang sama tak siap kerja sekolah selama 10 kali berturut-turut.
  2. Murid yang sama tak bawa buku selama 3 bulan berturut-turut.
  3. Murid yang mengganggu ketenteraman murid lain. Contoh, murid yang suka meludah murid lain di dalam kelas dengan sengaja. (Kisah benar)
  4. Murid yang kurang ajar. Contoh, murid yang memaki guru dengan perkatann Ba"tuuuuut".....(binatang berekor pendek). (Kisah benar)
  5. Paling pantang, murid yang suka mencuri barang kawan. Dah mencuri, menipu pulak..
  6. Murid lelaki yang gatal. Suka meraba murid perempuan. (Kisah benar).
  7. Murid yang menyebabkan mudarat bagi murid lain. Contoh, ada murid patah tangan setelah dibentes kakinya oleh seorang murid lain. (Kisah benar)
  8. Murid yang cuba berkhalwat dalam kelas yang sunyi. (Kisah benar)
  9. Murid yang bergaduh sebab hal yang kecil tapi impaknya besar sampai ada murid yang cedera. (ED alaminya hari ini).
  10. Murid yang melanggar disiplin sekolah seperti menghisap rokok.

Andai anda guru, dapatkah anda bersabar dengan 10 sebab di atas? Bayangkan anda seorang guru... Bagi ED, selagi guru tu marah anak muridnya, dia masih sayang akan muridnya. Kepada anak murid cikgu, jangan nakal2 ye. Okelah ED akhiri dengan video klip ni. Udada Ubabye....




ED: setiap tahun, ada sahaja cabaran yang datang dari perangai murid di sekolah.

Isnin, 17 Januari 2011

Biar betul wartawan Melodi ni?

Hai, sejuknya hari ini. Tapi berita selebriti semakin hari semakin panas. ED nak ulas hari ini pasal rancangan Melodi semalam. Sebelum ni, ED pernah terbaca pasal komen2 orang ramai pasal wartawan Melodi. Antaranya, lihat point2 dibawah: 

  • wartawan Melodi kurang ajar
  • wartawan Melodi suka melebih-lebih cerita
  • wartawan Melodi suka tanya soalan bodoh 

Ni bukan ED reka, tapi memang ED pernah terbaca pasal ni. Sumber ED rahsiakan eh. Okelah pasal semalam, ED sangat suka bila artis-artis kita semakin bijak menjawab soalan-soalan dari wartawan Melodi. Siapa artis tu? Jom lihat:

  • Pertama, bila Ana Raffali disuruh komen tentang dia yang kononnya mengatakan segelintir peminat yang tidak pandai menilai lagunya adalah bodoh. Ana Raffali, terus jawab "jangan2 cerita tu dari awak tak? (pihak Melodi)". Biar betul cerita ni? (tak pernah dengar di media massa pun) atau ini taktik wartawan Melodi untuk menghangatkan berita.

 Ana Raffali
 
  • Kedua, Shahir juga membalas balik soalan wartawan tentang "Shahir yang dikatakan sombong dengan peminat2nya" . Shahir menjawab "ntah2 berita ni dari Melodi tak?" (lebih kurang mcm tu bunyinya..). Bagus, ED memang sokong kenyataan Shahir. Artis sekarang ni bijak, tidak mudah melenting tapi bertanya balik apa yang difikirkan musykil. (Berita ni pun ED tak pernah dengar sebelum ni)
  Shahir
  • Ketiga, biar betul wartawan Melodi ni menanyakan soalan tentang Fasha Sandha menggugurkan anak? (tak terdengar dari mana2 media pun). Bagus, Fasha tidak melenting dengan soalan tu. Ujar Fasha Sandha, kalau betul berita tu, kenapa tak tunjuk bukti? (Haa, kan wartawan Melodi dah kena balik...)
 Fasha Sandha
 
ED rasa, wartawan Melodi ni macam nak lariskan cerita dengan soalan2 psyko & soalan yang tak mempunyai bukti yang kukuh macam tu. Jangan marah dgn kenyataan ini, ED cuma mahu berkongsi. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ED tak kisah kalau takde berita panas dari Melodi, yang penting berita tu telus dan sahih. Akhir kata, nantikan drama Gemilang lakonan Tiz Zaqyah & Shah Jaszle, akan datang di TV3. Best tau, pasal dunia keguruan. Sesuai ditonton untuk guru2 macam ED. hahaha.. Udada Ubabye!!!

ED: kepada wartawan Melodi, tingkatkan prestasi, jangan buat peminat sangsi..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi