Jumaat, 14 Januari 2011

Ada apa dengan beg Tesco?

Assalammualaikum. ED nak ucapkan terima kasih sebab mengikuti blog ini. Alhamdulillah, jumlah pelayar blog EDtv sudah melebihi 100 orang (sumber: nuffnang). 

Untuk hari ini, ED nak berkongsi cerita pasal kerja. Semua tahu kan salah satu tugas guru ialah kena tanda buku latihan murid. ED suka bawa buku latihan budak balik rumah, lebih2 lagi buku karangan. Menanda buku kat rumah lebih santai dan boleh tanda buku sambil tengok tv. Hehe... Baiklah, dulu ED ada masalah untuk membawa buku budak yang banyak. Tapi sekarang tidak lagi, terima kasih kepada Dilla (kawan meja sebelah di bilik guru) sebab memberi inspirasi untuk ED. Jawapan kepada masalah ED ialah "Beg guna pakai Tesco".. Bila fikir2 balik, baguslah guna beg guna pakai Tesco. Eksklusif untuk hari ini, ED nak kongsi 5 kebaikan beg guna pakai Tesco. Jom lihat..

The Big Green Bag ED

5 yang Zest tentang 
beg guna pakai Tesco (The Big Green Bag)
  1. Murah (RM 3.99) & boleh guna berkali-kali
  2. Kalau guna pakai di Tesco, boleh dapat point (point boleh tukar dgn baucar) Jimat2!
  3. Sangat sesuai dibawa bershopping, mengurangkan penggunaan beg plastik (selamatkan bumi)
  4. Untuk guru, banyak barang boleh isi dalam beg tu sebab beg tu besar
  5. Beg tu multifungsi & boleh dibawa ke mana2. (pergi kedai runcit dekat rumah pun boleh bawa)
 Selongkar: ini barang2 ED di dalam beg guna pakai Tesco

Okelah, semoga catatan hari ini berguna untuk anda semua. Udada Ubaye!

ED: jangan muncung sekiranya anda tak dapat beg plastik bila bershopping di hari Sabtu..

2 ulasan:

  1. hahaha..kalau kat jusco rm100 keatas baru dapat recyle bag, kalau tak 20sen dikenakan untuk beg plastik..hukhukhuk

    BalasPadam
  2. so, ramai2 beli beg tesco & gunakan dimana2 saja

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi