Hai, pernah tengok tak drama Sakti Delima? Ala, drama dalam slot Lagenda TV3 tu.. Cerita tu start 3 Januari lalu. Minggu lepas drama tu tak ditayangkan dan diganti dengan drama Akukah Tanggang (tayangan ulangan). Mengikut pembacaan ED di media massa, drama Sakti Delima ditangguhkan penayangannya sebab drama tu kena ditapis balik di LPF (Lembaga Penapisan Filem). Desas-desus yang ED dengar, banyak sangat unsur tahyul dalam drama tu. Lain orang lain tafsiran. Mungkin Kak Sheila Rusly tak berniat buat drama tahyul macam tu. ED mengikuti drama tu dan ED nak ZZ (Zest & Zrett) pasal drama tu.
5 yang Zest!
- Drama yang menampilkan semua pelakon wanita yang bertudung. Pertama kali dibuat di Malaysia.
- Lakonan Sheila Rusly memang tidak boleh dipertikaikan. Best!!
- Latar masa zaman dolu-dolu nampak real la.
- Jalan cerita (plot) dia menarik sebenarnya.
- Suka tengok lakonan Catriona jadi jahat. Kelakar. Hahaha...
5 yang Zrett!
(mungkin dikatakan drama ni tahyul kerana.....)
- Aida Khalida jadi orang bunian. Dia dapat tengok keadaan anaknya (Bienda) melalui air terjun je.. Logik ke?
- Ada budak kecik ajaib. Siapa entah? Dia ada kuasa bila menyebut mantera "shakala kala...". Hebat?
- Iqram Dinzly pula jadi manusia di waktu malam & di waktu siang jadi burung. Pelik tapi terjadi dalam drama tu.
- Drama tu mengisahkan Bienda sebagai Siti Melor, anak hasil perkahwinan manusia dan orang bunian. Pernah terjadi ke erk dalam dunia nyata?
- Paling penting, tajuknya Sakti Delima kerana ceritanya mengenai batu delima yang ada kuasa luar biasa. Tu yang kena tapis balik kot..
Kesimpulannya, hanya orang seni sahaja yang faham akan ceritanya. Ia tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebab memerlukan KBKK (Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif). Hehehe.... ED dapat faham apa yang kak Sheila cuba sampaikan tapi bagaimana pula masyarakat kita? Okela, Udada Ubabye!!
ED: Kalau drama tu lulus tapisannya, nanti sambung tayang balik eh. Dengar cerita, bulan Mac ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan