Cikgu Shida
Hai, anda kenal Cikgu Shida? Ala, cikgu paling popular di Malaysia sebab video miming nya yang meletup di Youtube. Mungkin video ni yang paling meninggalkan kesan di hati rakyat Malaysia.
Semalam Cikgu Shida ada di TV9 dalam rancangan Apa Saja FBI pukul 8.30 malam. Tengok tak? Kalau anda tengok semalam, anda akan dapat lihat keletah Cikgu Shida yang memang sempoi selamba. ED dah agak dari awal, mesti akan ada media televisyen yang mencari Cikgu Shida untuk melariskan program TV tersebut. Macam rancangan TV9 semalam yang membincangkan topik "Popular di Youtube".
Cikgu Shida bersama Faizal Ismail di TV9 semalam (Kredit gambar sari corner)
Menurut Cikgu Shida dalam rancangan tu semalam, dia lakukan video miming selama ini atas dasar suka-suka dan hobi. Tak terlintas di hatinya untuk meraih populariti seperti sekarang. Di sekolah pula, dia cuba menarik perhatian murid-murid sekolah rendah dengan teknik seperti itu. Best apa dapat cikgu yang kelakar? Di sekolah, guru kena kreatif dan mesti ada unsur kecindan (kelakar) di dalam bilik darjah. Itu yang diajar semasa ED di maktab. So, tak salah jika Cikgu Shida bertingkah sebegitu rupa. ED nak ZZ pasal Cikgu Shida la..
- Dia memang guru yang fenomena & paling popular di Malaysia
- Dia menjadi buah mulut masyarakat sebab dia cikgu
- Dia memang sempoi & selamba..
- Dia memang kelakar dan ada aura kelakar
- Dia kreatif membuat video klip sendiri. Semua video miming dia dalam Youtube adalah hasil ciptaannya seorang diri. Tahniah..
Cikgu Shida yang memang sempoi bergambar dengan anak murid (kredit gambar sukur ibrahim )
5 yang Zrett tentang Cikgu Shida
- Ada segelintir masyarakat mempertikaikan kredibilitinya sebagai guru.
- Ada yang mencemuhnya dengan mengatakan dia kurang waras.
- Ada segelintir cikgu-cikgu yang tidak suka melihat video mimingnya.
- Ada juga segelintir kaum hawa yang tidak selesa dengan fenomena tersebut (dikatakan merendahkan martabat kaum wanita).
- Banyak juga blog2 yang bercerita negatif tentang Cikgu Shida.
Okelah, apa yang Zest & Zrett ED catat mengikut pemerhatian rambang ED di media elektronik & persekitaran. Kepada Cikgu Shida, sentiasa berfikiran positif sebab dalam dunia ni, tak semua orang suka kita. Susah nak puaskan hati orang lain. Yang penting niat baik di hati hanya awak dan Tuhan yang tahu. Akhir kata, Cikgu Shida memang mampu membuat orang lain ketawa. Udada Ubabye!!
ED: Anugerah Bintang Popular Berita Harian boleh jemput Cikgu Shida buat persembahan pembukaan. Mesti gempak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan