Aznil pengacara nombor 1 Malaysia
Hai, selamat berhujung minggu. Topik hari ini pasal pengacara. Tak semua orang ada bakat untuk mengacara. Contoh paling dekat, ED sendiri. ED memang tak boleh jadi pengacara sebab ada darah gemuruh dan suara tak komersial. Anda kenal tak pengacara nombor 1 Malaysia? Mustahil anda tak kenal.. Dia adalah Aznil Haji Nawawi. Bakat pengacaraannya memang tak boleh disangkal lagi. Letak je dia kat mana2 program, pandai la dia nak hidupkan program tu. Dengar2, dia akan kembali mengacarakan Akademi Fantasia musim terakhir nanti. Semoga apa yang didengar menjadi realiti. Selamat maju jaya untuk Pak Nil!
Rancangan Macam2 Aznil yang popular satu masa dahulu
Eh.. tak habis lagi. Persoalan tajuk hari ini belum dirungkai. Macam Aznil tapi bukan Aznil?
Tajuk: Macam Aznil Tapi Bukan Aznil
Melalui pemerhatian ED di kaca TV, ada 2 orang pengacara lelaki yang cara penyampaiannya mirip Aznil. Bila dengar mereka mengacara, terbayang cara pengacaraan Aznil. Mungkin mereka mengidolakan Aznil sampai2 terikut cara penyampaian Aznil. Mungkin kot.. 2 orang pengacara tu ialah Awal Ashaari dalam rancangan Fuhhh! dan Reza Mohamad dalam rancangan Pilih Kasih 2. ED selalu dengar Riuh Pagi Era bersama Aznil, Ray & Hanif semasa drive pergi sekolah, tu yang dah cam dengan cara penyampaian Aznil..
Awal Ashaari dalam Fuhhh!
Reza Mohammad dalam Pilih Kasih 2
Paling mirip macam gaya penyampaian Aznil adalah Reza Mohamad. Suratan atau kebetulan? Bila diamati betul2, cara pengacaraan mereka macam Aznil tapi mereka bukan Aznil. Jom kita lihat dan bandingkan cara penyampaian 3 pengacara ini.
1. Gaya penyampaian Aznil
2. Gaya penyampaian Awal Ashaari
3. Gaya penyampaian Reza Mohamad
Sama tak cara penyampaian mereka? Maaf, cuma video raya di atas sahaja yang boleh dibuat perbandingan. Okelah, apa2pun tahniah untuk Awal dan Reza sebab dikurniakan bakat dan keberanian untuk mengacara. Selamat maju jaya juga untuk mereka. Kepada anda semua, bersyukur dengan bakat masing2 ye.. Udada Ubabye!!
ED: mungkinkah Aznil bakal membolot lagi Anugerah Pengacara Paling Popular ABPBH 2011? Tunggu dan lihat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan