Hai, anda minat futsal? Futsal adalah permainan bola sepak yang ringkas. Pemain dan saiz gelanggang adalah lebih kecil berbanding permainan bola sepak yang sebenar. Permainan futsal memang bagus untuk kesihatan tetapi ED dah dapat 2 berita kematian artis selepas bermain futsal. Jom kita lihat 2 orang artis yang meninggal dunia selepas bermain futsal.
1. Kematian Allahyarham Shamrin Fotograf (Malaysia)
Shamrin
Tahun lepas, 11 November 2010 Malaysia dikejutkan dengan pemergian vokalis kumpulan Fotograf iaitu Shamrin secara tiba-tiba selepas bermain futsal.
2. Terkini, kematian pelakon Indonesia Adjie Massaid (Indonesia)
Adjie Massaid
5 Februari 2011, Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon dan juga ahli politik Adjie Massaid secara tiba-tiba juga kerana serangan jantung selepas bermain futsal.
Tajuk: Futsal membawa maut?
Apa semua ini? Betul ke futsal boleh membawa maut? Jawapannya, futsal akan membawa maut kepada orang yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan jantung. Contoh, lemah jantung. Sekiranya anda mempunyai masalah jantung, jangan lakukan aktiviti senaman yang berat. Ini kerana degupan jantung akan berdetak dengan laju apabila kita dalam keadaan penat. Apabila badan tidak dapat mengawal degupan jantung yang laju, serangan jantung gagal berfungsi boleh terjadi. Ini yang menyebabkan nyawa terputus dari jasad. Apa-apapun semua yang berlaku di dunia ini adalah dengan izin Allah. Ajal, rezeki dan jodoh ada di tangan Allah.
Okelah, ED nak ZZ pasal futsal hari ini. Jom...
5 yang Zest tentang futsal!
- Bagus untuk kesihatan bagi orang yang normal.
- Dapat mengeratkan silaturrahim.
- Bagus untuk mengisi masa lapang.
- Dapat mewujudkan semangat kerjasama.
- Bola futsal ringan, bila kena muka tak sakit sangat la...
5 yang Zrett tentang futsal!
- Sewa gelanggang futsal agak mahal.
- Kadang-kadang futsal boleh menyebabkan pergaduhan.
- Futsal boleh buat orang kemaruk.
- Futsal tidak boleh dimainkan seorang diri.
- Ada orang yang lebih pentingkan futsal daripada tugas yang wajib dilakukan. Renung-renungkan...
Kesimpulannya, biarlah kita bersukan mengikut kemampuan kita. Okelah udada ubabye!!
ED: di sekolah kini, seorang murid mesti ada satu sukan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan